Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JTK Sarawak keluarkan tiga notis pelanggaran di tapak binaan Bintulu
  • Utara
  • WILAYAH

JTK Sarawak keluarkan tiga notis pelanggaran di tapak binaan Bintulu

Utusan Sarawak 3 hours ago
PEGAWAI Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak menjalankan pemeriksaan dalam Operasi Bersepadu di tapak binaan sekitar Bintulu. Foto: JTK Sarawak

BINTULU: Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak menerusi Pejabat Tenaga Kerja Bintulu telah mengeluarkan tiga notis pelanggaran selepas menjalankan Operasi Bersepadu (OPB) di beberapa tapak pembinaan sekitar Bintulu, semalam.

Operasi yang diselaraskan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Cawangan Bintulu itu turut melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan lain bagi memperkukuhkan pemantauan serta pematuhan undang-undang di sektor pembinaan.

Menurut kenyataan JTK Sarawak, hasil pemeriksaan mendapati terdapat pelbagai kesalahan di bawah Ordinan Buruh (Sarawak) (Bab 76) yang melibatkan hak dan kebajikan pekerja.

Antara kesalahan yang dikesan termasuk kegagalan memberikan atau membayar cuti sakit, kegagalan memberikan cuti tahunan, kegagalan menyediakan satu hari rehat mingguan kepada pekerja, kegagalan membayar kerja lebih masa serta menghendaki pekerja bekerja melebihi 45 jam seminggu.

JTK Sarawak memaklumkan bahawa tindakan undang-undang dan arahan pematuhan telah diambil serta-merta bagi memastikan kebajikan dan hak pekerja terus terpelihara.

Menurut jabatan itu, tiada kompromi akan diberikan kepada mana-mana majikan yang didapati melanggar peruntukan undang-undang perburuhan yang dikuatkuasakan.

Dalam masa yang sama, JTK Sarawak akan terus memperkukuhkan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan undang-undang buruh serta mewujudkan persekitaran pekerjaan yang adil, selamat dan kondusif untuk semua pihak.

Oleh Faizah Muzidi

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RADDA kekal utamakan pematuhan prosedur dalam pelaksanaan projek
Next: Festival Gelombang dan Rentak Tarian serta Regata Perahu Naga wajar jadi acara tahunan pelancongan Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.