Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • JRTM letak Sarawak dalam peta pelancongan
  • SEMASA

JRTM letak Sarawak dalam peta pelancongan

Utusan Sarawak 5 years ago
PENGHARGAAN… Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menerima cenderamata JRTM daripada Ketua Pegawai Operasi Universiti UCSI Kampus Sarawak, Mukvinder Kaur Sandhu pada majlis pelancarannya di Kuching semalam.

KUCHING: Penerbitan Jurnal Pengurusan Pelancongan Bertanggungjawab (JRTM) akan meletakkan Sarawak kembali ke peta dunia sebagai destinasi pelancongan.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mengakui jurnal yang pertama diterbitkan di Sarawak hasil suntingan anak Sarawak sendiri itu pasti akan meningkatkan imej negeri ini walaupun dunia sedang dilanda pandemik Covid-19.

“Pada masa yang sama, ia akan mempromosikan Sarawak dan memberitahu pembaca tentang bagaimana kita dapat mewujudkan pelancongan yang bertanggungjawab dalam konteks tempatan,” katanya.

Abdul Karim berkata demikian ketika melancarkan Jurnal Pengurusan Pelancongan Bertanggungjawab (JRTM) di sini semalam.

Menurutnya, JRTM merupakan jurnal ilmiah bertujuan memajukan dan menyebarkan pengetahuan canggih yang berkaitan dengan pelancongan dan perhotelan yang bertanggungjawab berdasarkan isu dan kes kontemporari di Sarawak dan mana-mana destinasi yang sedang membangun di dalam atau di luar negara.

“Ia berfungsi sebagai wadah menggabungkan kepakaran akademik pelancongan dan perhotelan, pengamal, agensi kerajaan dan pihak berkepentingan lain dan memberikan pandangan holistik, penemuan yang kukuh dan pandangan praktikal untuk memberi manfaat kepada pembaca dan masyarakat,” ujarnya.

JRTM adalah Jurnal Antarabangsa Pertama dalam pelancongan dan perhotelan yang diterbitkan di Sarawak dan diedit oleh orang Sarawak, kata Abdul Karim.

“Saya gembira mengetahui JRTM berbeza kerana menerima penghormatan daripada bidang akademik dan pengamal,” ujarnya dan menambah, artikel yang diterbitkan dalam jurnal itu akan berguna untuk ahli akademik dan pengamal.

Sementara itu, Abdul Karim memberitahu JRTM diterbitkan oleh Fakulti Pengurusan Perhotelan dan Pelancongan, Universiti UCSI dan Persatuan Penyelidikan Sarawak (SRS), disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Sarawak (MTAC) dan Regional Expertise Center (RCE) Kuching yang merupakan inisiatif oleh PBB untuk merealisasikan Matlamat Pendidikan Berkelanjutan dan Pembangunan Lestari (SDG).

“Sebagai terbitan pertama JRTM akan diterbitkan pada Januari 2021 dalam bentuk elektronik dan bercetak,” jelasnya.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: 43 PPRMS diluluskan
Next: Harga runcit pelitup muka tiga lapis RM1

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.