Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JPS bertindak segera atasi kerosakan pembetung di Lorong Jeriah Barat
  • Tengah
  • WILAYAH

JPS bertindak segera atasi kerosakan pembetung di Lorong Jeriah Barat

Utusan Sarawak 2 days ago
TELAH BERMULA… Kerja pembaikan kerosakan tepi pembentung kini telah dimulakan untuk menangani isu yang melibatkan bahagian pembetung.  Foto Facebook Izkandar Roseley

SIBU: Masalah kerosakan pada bahagian tepi pembetung di Lorong Jeriah Barat 5A dan 5B, di sini telah mendapat perhatian segera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sibu.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Mohammed Abdullah Izkandar Roseley berkata, kerja pembaikan kini telah dimulakan untuk menangani isu yang melibatkan bahagian pembetung.

Menurutnya, ini termasuk perlindungan geotekstil yang diperlukan antara pembetung dan struktur jalan, yang masih di bawah Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) kontraktor JPS.

“Terima kasih kepada JPS Sibu, terutamanya Jurutera Bahagian (DE) Bartholomew Emily Ayu, atas tindak balas dan tindakan segera yang diambil susulan komen saya semasa mesyuarat antara agensi sebelum ini mengenai tepi pembetung yang rosak di Lorong Jeriah Barat 5A dan 5B.

JPS memulakan kerja pembatuan tepi pembentung hari ini. Foto Facebook Izkandar Roseley

“Tindakan tepat pada masanya ini, akan membolehkan pihak MPS meneruskan kerja menurap jalan untuk dua jalan yang terjejas, yang sebelum ini ditangguhkan kerana perkara yang tidak dapat diselesaikan ini.

“Menghargai kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan dalam memastikan keselamatan dan kualiti infrastruktur untuk komuniti,” jelasnya kepada Utusan Sarawak, hari ini.

Mengulas lanjut, Izkandar memberitahu, kerosakan tepi pembentung tersebut adalah disebabkan tanah susur serta crossover failure dan projek tersebut sebelum ini adalah di bawah JPS.

“Ya, kerosakan tersebut (tepi pembentung) adalah disebabkan hakisan tanah dan keadaan tanah. Kerja baik pulih lintasan silang dan meletakkan geotekstil di antara pembentung dan jalan supaya sambungannya tidak susur dan berlubang lagi,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai jangkaan masa pihak majlis dapat memulakan semula kerja penurapan jalan serta tempoh pelaksanaannya, Izkandar memaklumkan bahawa perkara tersebut bergantung kepada kontraktor JPS dan hanya selepas kerja pembatuan disiapkan, barulah pihak MPS akan melaksanakan penurapan jalan.

“Sebelum ini, susulan kegagalan struktur pembetung, MPS tidak dapat melaksanakan kerja penurapan tar. Memandangkan pembetung tersebut dibina oleh JPS, pihak berkenaan telah melaksanakan kerja pembaikan pada tahun lalu. 

“Namun, akibat pergerakan tanah, kawasan tersebut kerap mengalami tanah susur dan berlubang, sekali gus menyebabkan wujud jurang antara pembetung dan permukaan jalan,” ujarnya lagi.

Beliau berharap dengan pemasangan geotekstil, masalah hakisan tanah dapat dikawal, dan hari JPS akan membuat kerja pembatuan.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penduduk dinasihati sedia dokumen penting hadapi cuaca tidak menentu
Next: Inisiatif Kembali Ke Sekolah TBS sokong persiapan persekolahan anak asnaf

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.