Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • JPNIN galak guru Tabika Perpaduan gunakan media sosial tarik murid baharu
  • PENDIDIKAN

JPNIN galak guru Tabika Perpaduan gunakan media sosial tarik murid baharu

Utusan Sarawak 15 hours ago
TAHNIAH…. Ketua Pengarah JPNIN, Dato Che Roslan Che Daud (tiga kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada seorang guru Tabika Perpaduan disaksikan Pengarah JPNIN Sarawak, Dirwana Azool (tiga kanan) serta yang lain.

SIBU: Guru-guru Tabika Perpaduan di bawah seliaan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) kini dibenarkan menggunakan media sosial sebagai salah satu saluran untuk mempromosikan kemasukan murid baharu.

Ketua Pengarah JPNIN, Dato Che Roslan Che Daud berkata, mereka boleh memanfaatkan kemahiran dalam menggunakan platform seperti TikTok, Facebook, Instagram dan sebagainya untuk menarik perhatian ibu bapa serta bakal murid.

“Kita mahu tabika-tabika ini digunakan secara optimum. Justeru, guru perlu berusaha mencapai bilangan maksimum murid iaitu seramai 25 orang bagi setiap tabika,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Guru JPNIN Sarawak di sini, malam tadi.

Beliau mendedahkan bahawa JPNIN menanggung kos operasi sehingga RM100,000 setahun bagi setiap tabika, merangkumi gaji guru dan pembantu, bayaran sewa premis serta perbelanjaan lain.

“Sekiranya bilangan murid kurang daripada 10 orang, kita perlu mempertimbangkan untuk memindahkan tabika tersebut kerana ia tidak lagi berbaloi diteruskan di kawasan berkenaan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Che Roslan turut mengingatkan agar media sosial tidak disalahgunakan untuk tujuan peribadi seperti mempromosi diri sendiri kerana ia melanggar garis panduan dan peraturan jabatan.

Tambah beliau, guru-guru juga disaran memanfaatkan kemajuan teknologi sebagai alat bantu pengajaran seiring usaha reformasi pendidikan.

“Kita harus melihat penggunaan kecerdasan buatan (AI) daripada sudut positif. Guru perlu meluaskan pengetahuan bukan hanya dalam aspek pengajaran, malah dalam penggunaan teknologi seperti AI, Internet Benda (IoT) dan sebagainya.

“Gunakan televisyen pintar dan pelbagai kemudahan lain sebagai alat bantu pembelajaran di dalam kelas,” ujarnya.

Turut hadir Pengarah JPNIN Sarawak, Dirwana Azool.

Oleh Akun Giman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pendidikan inklusif asas masyarakat harmoni
Next: STEM Catalysts himpun lebih 1,000 pelajar luar bandar di SMK Long Lama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.