Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JPN mula siasatan dalaman kes pelajar maut terkena renjatan elektrik di Daro
  • TEMPATAN

JPN mula siasatan dalaman kes pelajar maut terkena renjatan elektrik di Daro

Utusan Sarawak 12 hours ago

KUCHING: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak telah memulakan proses siasatan dalaman bagi meneliti pematuhan aspek keselamatan berikutan kes kematian seorang pelajar terkena renjatan elektrik di sebuah sekolah di Daro malam tadi.

JPN dalam kenyataan media menyatakan bahawa kawasan kejadian di SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hjh Normah (TPDPH) Normah Daro telah ditutup.

“JPN Sarawak menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham anakanda Fahrin Jumandy Abdullah yang terkena renjatan elektrik di sekolah.

“Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman
dan seluruh keluarga diberi ketabahan dalam menghadapi ujian berat ini.

“Tumpuan JPN Sarawak pada waktu ini adalah untuk memberi bantuan terbaik kepada keluarga Allahyarham anakanda Fahrin Jumandy.

“Pada masa sama, JPN Sarawak juga memastikan kebajikan seorang lagi murid yang sedang mendapat rawatan. Semoga beliau diberi kesembuhan segera,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kejadian berkenaan sedang berada dalam siasatan pihak berkuasa.

“Kawasan kejadian telah ditutup. Murid, guru dan seluruh warga sekolah tidak dibenarkan menghampiri kawasan kejadian sehingga keadaan disahkan benar-benar selamat,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Matu Daro, DSP Rahim Mihos berkata, pihak polis menerima makluman daripada pihak sekolah mengenai kejadian itu sekitar 8.00 malam tadi, ketika tiga pelajar lelaki sedang mengambil air wuduk.

ALLAHYARHAM Fahrin Jumandy Abdullah.

Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia berusia 16 tahun dan disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Seorang lagi mangsa berusia 15 tahun, pelajar tingkatan tiga, telah dikejarkan ke Hospital Daro untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sibu.

“Seorang lagi pelajar berusia 15 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Continue Reading

Previous: KKM akan keluar pekeliling baharu berkaitan garis panduan waktu bekerja PPS – Dzulkefly

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.