Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • JPJ tunggu ‘lampu hijau’ kuat kuasa CRS
  • NASIONAL

JPJ tunggu ‘lampu hijau’ kuat kuasa CRS

Utusan Sarawak 5 years ago
KETUA Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),Datuk Seri Shaharuddin Khalid. • Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini hanya     menunggu     ‘lampu hijau’     daripada Kementerian Pengangkutan untuk menguatkuasakan     penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak     (CRS) di dalam kenderaan.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, sehingga kini pihaknya hanya melaksanakan tindakan secara advokasi iaitu memberi nasihat terhadap pengguna jalan raya yang tidak menggunakan kerusi berkenaan.

Beliau berkata,  setakat ini JPJ telah mengeluarkan1,897 notis peringatan terhadap pengguna jalan raya bermula awal tahun ini sehingga 30 Jun lepas.

“Kerusi keselamatan kanak-kanak atau ‘Child Restraint System’    ini termasuk     dalam Akta JPJ 1987 dan sepatutnya pelaksanaannya pada Jun tahun ini,     namun     ia ditangguhkan pada satu tarikh     oleh pihak kementerian.

“Ia tertangguh akibat penularan wabak Covid-19 dan penguatkuasaan CRS ini akan dilakukan apabila JPJ menerima arahan selanjutnya daripada kementerian,” katanya kepada Bernama di ibu pejabat JPJ, di sini semalam.

Katanya, statistik pada     2016 hingga 2018 menunjukkan sebanyak 1,707 kemalangan telah berlaku melibatkan kanak-kanak sepanjang tempoh     berkenaan.

“Kemalangan berkenaan     kebanyakan melibatkan kanak-kanak seusia bayi hingga mereka yang berumur     15 tahun (sumber Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman),” katanya.

Dalam pada itu, Shaharuddin menasihatkan     masyarakat terutama pengguna jalan raya agar tidak     bersikap sambil lewa     terhadap isu ini.

“CRS ini penting kepada kanak-kanak memandangkan mereka terutama bayi amat mudah terdedah kepada kecederaan serius kerana mempunyai otot bahagian tengkuk yang lemah berbanding orang dewasa,” katanya.

Tahun lepas, kerajaan mengumumkan penggunaan CRS di dalam kenderaan persendirian bagi menyelamatkan bayi dan kanak-kanak     daripada kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan.    

Langkah baharu itu juga     susulan     statistik membimbangkan     iaitu 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari 2007 hingga 2017.

Bagaimanapun, tiada saman     dikeluarkan kepada ibu bapa yang gagal menggunakan CRS, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini yang bersifat mendidik terlebih dahulu.  – Bernama

Continue Reading

Previous: PRK DUN Slim pada 29 ogos
Next: Dua penagih terjun parit ditangkap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.