Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • JPJ terima anugerah ‘Digital Transformation of the Year – Transportation’
  • SEMASA

JPJ terima anugerah ‘Digital Transformation of the Year – Transportation’

Utusan Sarawak 3 weeks ago
JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) memenangi anugerah bagi kategori ‘Digital Transformation of the Year – Transportation’ menerusi aplikasi MyJPJ, pada majlis The GovMedia Awards 2025 di Singapura semalam.

KUALA LUMPUR:  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memenangi anugerah bagi kategori ‘Digital Transformation of the Year – Transportation’ menerusi aplikasi MyJPJ, pada majlis The GovMedia Awards 2025 di Singapura semalam.

Dalam kenyataan hari ini, JPJ memaklumkan kejayaan itu mencerminkan usaha berterusan JPJ dalam memacu agenda pendigitalan perkhidmatan awam, khususnya dalam sektor pengangkutan, sejajar dengan aspirasi kerajaan ke arah pendigitalan sistem penyampaian perkhidmatan.

“Pihak JPJ ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pengangkutan serta semua pihak atas sokongan berterusan sepanjang perjalanan transformasi ini.

“Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh inovasi dan kecemerlangan dalam sektor pengangkutan negara,” menurut kenyataan itu.

The GovMedia Awards 2025 ialah penganugerahan kepada agensi kerajaan atau syarikat di rantau Asia Pasifik terhadap inisiatif atau projek transformasi berimpak tinggi, dan penilaian dilakukan oleh syarikat auditor terkemuka di dunia, iaitu PwC, Ernst & Young (EY), dan KPMG.– Bernama

Continue Reading

Previous: 155 pegawai, anggota pasukan MALBATT 850-12 terima pingat PBB di Lubnan
Next: Kiosk mySalam kini ada di semua hospital kerajaan, termasuk Hospital Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.