Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • JPJ tambah baik ciri keselamatan aplikasi MyJPJ, portal awam JPJ
  • NASIONAL

JPJ tambah baik ciri keselamatan aplikasi MyJPJ, portal awam JPJ

Utusan Sarawak 2 years ago

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menambah baik ciri keselamatan dan mesra pengguna bagi aplikasi MyJPJ dan portal awam JPJ yang boleh diakses secara berperingkat mulai hari ini, mengikut sistem operasi telefon masing-masing (Android, IOS dan Huawei).

Ketua Pengarahnya Datuk Zailani Hashim berkata, antara penambahbaikan itu termasuk memperkenalkan sekuriti peringkat ketiga menggunakan lapan aksara terakhir yang tertera di belakang lesen memandu untuk pendaftaran JPJeID dalam talian.

Katanya, ia merupakan tambahan kepada dua peringkat sekuriti sedia ada iaitu kata laluan dan kod TAC.

“(Selain itu), menambah fungsi bagi mendapatkan semula akaun pengguna melalui lapan aksara terakhir lesen memandu.

“Ini adalah penyelesaian kepada isu ‘telah mendaftar’ disebabkan pengguna sebelum ini mempunyai akaun di portal rakan strategik JPJ yang berintegrasi dengan sistem JPJ,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

JPJ turut menambah fungsi ‘penetapan semula emel’ bagi pengguna yang terlupa emel digunakan atau perlu mengemas kini emel secara dalam talian dengan tambahan lapan aksara lesen memandu.

Menurut kenyataan itu, penambahbaikan tersebut dilaksanakan setelah menerima pelbagai maklum balas daripada orang ramai mengenai penggunaan aplikasi MyJPJ dan portal awam JPJ, susulan pengenalan Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) dan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM).

Kenyataan itu memaklumkan Kementerian Pengangkutan juga sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bagi memastikan aspek keselamatan siber aplikasi MyJPJ terjamin.

Orang ramai boleh mengajukan sebarang pertanyaan ke emel infodigital@jpj.gov.my atau menghubungi talian hotline JPJ di 03-27242522. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pencerobohan nelayan asing, kemasukan pekerja asing tumpuan Parlimen hari ini
Next: Isu penipuan tawaran pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.