Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JPJ Stapang tahan kenderaan perdagangan dalam Ops Khas, pelbagai kesalahan dikesan
  • Tengah
  • WILAYAH

JPJ Stapang tahan kenderaan perdagangan dalam Ops Khas, pelbagai kesalahan dikesan

Utusan Sarawak 6 hours ago
PEMERIKSAAN… Unit Operasi JPJ SP Stapang menjalankan pemeriksaan dalam Ops Khas Gempur Kenderaan Perdagangan/Ops Harian.

SIBU: Tiada lesen memandu, tiada lesen vokasional, cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, antara kesalahan berjaya dikesan dalam Ops Khas Gempur Kenderaan Perdagangan/Ops Harian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Stesen Penguatkuasa (SP) Stapang.

JPJ Negeri Sarawak menerusi kenyataan di Facebooknya memberitahu, operasi tersebut dijalankan oleh Unit Operasi JPJ SP Stapang menerusi penguatkuasaan secara rondaan dan pemantauan di sekitar pekan Stapang bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya sentiasa dipatuhi oleh semua pengguna jalan raya.

“Sepanjang operasi tersebut, sebanyak 93 kenderaan perdagangan dan persendirian telah diperiksa. 

“Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan telah dikesan, antaranya tiada lesen memandu, tiada lesen vokasional, cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, serta lain-lain kesalahan yang melibatkan aspek teknikal kenderaan,” jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu menegaskan, JPJ akan terus memperkukuhkan aktiviti penguatkuasaan secara berterusan sebagai langkah pencegahan dalam meningkatkan tahap keselamatan jalan raya. 

“Orang ramai khususnya pemandu dan pemilik kenderaan perdagangan dinasihatkan agar sentiasa memastikan kelayakan pemanduan, dokumen kenderaan serta keadaan teknikal kenderaan berada dalam keadaan sah dan selamat sebelum berada di jalan raya,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gangguan bekalan air tidak berjadual jejas beberapa kawasan di Subis
Next: Kerajaan Sarawak salur RM350,000 geran UNIFOR kepada St. Mary’s Mission District Matang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.