

SIBU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sibu telah menjalankan Ops Timbang di sekitar laluan Jalan Kampung Nyabor dan Jalan Sungai Merah, semalam.
Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Mohammed Abdullah Izkandar Roseley berkata, operasi tersebut dijalankan susulan Mesyuarat Antara Agensi di MPS berkenaan isu treler yang masih melalui kawasan yang telah ditetapkan sebagai kawasan larangan.
“Operasi ini bertujuan untuk memastikan pematuhan terhadap laluan yang diwartakan, mengawal pergerakan kenderaan berat di kawasan sensitif, menangani masalah muatan berlebihan serta menjamin keselamatan pengguna jalan raya dan keadaan infrastruktur,” jelasnya menerusi kenyataan di Facebooknya, hari ini.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada JPJ Sibu dan semua agensi terlibat atas usaha berterusan dalam memastikan keselamatan dan kelancaran trafik di kawasan ini.
Oleh Akun Giman