Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JPJ Sarawak sita lima kenderaan dalam Ops Bersepadu di Bintulu
  • Utara
  • WILAYAH

JPJ Sarawak sita lima kenderaan dalam Ops Bersepadu di Bintulu

Utusan Sarawak 4 hours ago
ANTARA kenderaan yang disita oleh JPJ Sarawak dalam Ops Bersepadu di Jalan Pesisir Kidurong–Samalaju, Bintulu. Foto JPJ Sarawak

BINTULU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak menyita lima kenderaan dalam Operasi Bersepadu yang dijalankan bersama beberapa agensi penguat kuasa di Jalan Pesisir Kidurong–Samalaju, di sini, bagi memperkukuh pematuhan undang-undang jalan raya.

Operasi tersebut melibatkan kerjasama Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

KEADAAN Ops Bersepadu JPJ Sarawak bersama beberapa agensi penguat kuasa di Jalan Pesisir Kidurong–Samalaju, Bintulu yang memeriksa 226 kenderaan pelbagai jenis. Foto JPJ Sarawak

Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 226 kenderaan pelbagai jenis diperiksa. Pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan dilakukan termasuk membawa muatan berlebihan, memandu tanpa lesen memandu yang sah, lesen memandu tamat tempoh, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi serta pelbagai kesalahan teknikal kenderaan.

Daripada jumlah itu, lima kenderaan telah disita membabitkan dua bas atas kesalahan salah guna permit, dua kenderaan pikap yang dipandu warga asing tanpa lesen memandu sah, serta sebuah lagi kenderaan pikap kerana Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tidak mempunyai perlindungan insurans.

PENGERUSI LPKP Sarawak, Michael Kong Feng Nian, bersama Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jili, serta pegawai-pegawai kanan daripada agensi yang terlibat menyaksikan pelaksanaan Ops Bersepadu di Jalan Pesisir Kidurong–Samalaju, Bintulu. Foto JPJ Sarawak

Semua tindakan penguatkuasaan dan sitaan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Turut hadir menyaksikan pelaksanaan operasi ialah Pengerusi LPKP Sarawak, Michael Kong Feng Nian, Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jili, serta pegawai-pegawai kanan daripada agensi yang terlibat. 

JPJ Sarawak dalam kenyataannya memaklumkan operasi bersepadu seperti ini akan terus diperkukuh menerusi kerjasama strategik antara agensi bagi meningkatkan pematuhan undang-undang, mempertingkat keselamatan jalan raya serta membanteras sebarang pelanggaran yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya. 

Oleh Faizah Muzidi

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ular tedung tikus 1.2 meter tersangkut pada jaring ikan ditangkap APM Debak
Next: Qari, qariah berpengalaman digesa lahirkan lebih ramai pelapis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.