Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • JPJ Sarawak perkukuh penguatkuasaan melalui Operasi Bersepadu Dadah
  • SEMASA

JPJ Sarawak perkukuh penguatkuasaan melalui Operasi Bersepadu Dadah

Utusan Sarawak 4 hours ago
NORIZAN bersama pegawai JPJ dan AADK merakam gambar sempena pelaksanaan Operasi Bersepadu Dadah di Bintulu, baru-baru ini.

BINTULU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkukuh penguatkuasaan terhadap pemandu kenderaan perdagangan menerusi pelaksanaan Operasi Bersepadu Dadah bagi memastikan hanya pemandu yang bebas daripada penyalahgunaan dadah dibenarkan mengendalikan kenderaan di jalan raya.

Menurut kenyataan JPJ Sarawak, operasi yang dilaksanakan serentak di seluruh negara sejak 1 Julai lepas itu dijalankan secara bersepadu bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Operasi berkenaan memberi tumpuan kepada pemandu kenderaan barangan, pemandu kenderaan perkhidmatan awam dan pemandu kenderaan pelancongan dengan pemeriksaan serta ujian saringan dadah dijalankan bagi memastikan pematuhan terhadap aspek keselamatan jalan raya.

 NORIZAN meninjau pemeriksaan terhadap sebuah bas semasa Operasi Bersepadu Dadah di Bintulu.

Operasi di Bintulu turut dihadiri Pengarah JPJ Sarawak Norizan Jili bersama Ketua Cawangan AADK Bintulu dan Ketua Cawangan JPJ Bintulu.

Pemandu yang didapati positif dadah menerusi ujian saringan akan dikenakan tindakan oleh AADK mengikut peruntukan undang-undang di bawah bidang kuasanya.

Manakala, JPJ akan menahan Lesen Vokasional (PSV/GDL) bagi tujuan siasatan serta menggantung lesen memandu mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

JPJ Sarawak menegaskan aspek keselamatan jalan raya tidak boleh dikompromi dan pelaksanaan Operasi Bersepadu Dadah mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan hanya pemandu yang berintegriti, berdisiplin serta bebas daripada penyalahgunaan dadah dibenarkan mengendalikan kenderaan perdagangan.

Sehubungan itu, JPJ Sarawak akan terus memperkukuh kerjasama strategik dengan agensi penguatkuasaan berkaitan bagi meningkatkan pematuhan undang-undang, mempertingkat keselamatan jalan raya serta melindungi nyawa semua pengguna jalan raya.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Amaran ribut petir di tujuh negeri termasuk Sarawak hingga 12.00 tengah hari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.