

KUCHING: Unit Keselamatan Jalan Raya Jabatan Pengangkutan Jalan Sarawak (JPJ Sarawak) berjaya melaksanakan Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya, hari ini, sebagai usaha berterusan meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keselamatan di jalan raya.
Program berkenaan bertujuan memupuk amalan pemanduan berhemah dalam kalangan pengguna jalan raya, sekali gus mengurangkan risiko kemalangan serta memastikan keselamatan semua pihak.
Menurut JPJ Sarawak, pendekatan advokasi secara bersemuka ini memberi impak positif dalam menyampaikan mesej keselamatan, khususnya berkaitan pematuhan peraturan jalan raya dan sikap bertanggungjawab ketika memandu.
JPJ Sarawak komited untuk meneruskan pelbagai program pendidikan dan advokasi seumpama ini di seluruh negeri bagi membina budaya pemanduan selamat dalam kalangan masyarakat.
Turut serta dalam pelaksanaan program tersebut ialah Susianti Shafiee dan Muhai Mohamed daripada Unit Keselamatan Jalan Raya, bersama pasukan Unit Operasi JPJ Sarawak yang menjalankan aktiviti advokasi dan penerangan kepada orang ramai.