Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JPJ Sarawak laksana pemeriksaan dan penilaian harga kenderaan dilucut hak
  • Utara
  • WILAYAH

JPJ Sarawak laksana pemeriksaan dan penilaian harga kenderaan dilucut hak

Utusan Sarawak 4 days ago

PERIKSA… JPJ Sarawak ketika melaksanakan pemeriksaan serta penilaian harga rizab terhadap kenderaan yang telah dilucut hak bertempat di kandang sita JPJ Miri, semalam.

MIRI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak telah melaksanakan pemeriksaan serta penilaian harga rizab terhadap kenderaan yang telah dilucut hak bertempat di kandang sita JPJ Miri, semalam.

Menurut JPJ Sarawak, pemeriksaan dan penilaian harga adalah melalui Bahagian Kejuruteraan Automotif diketuai oleh Penolong Jurutera Kanan Rajauddin Aslam bersama Penolong Jurutera Tc. Fadzlie Mohd. Ibrahim dengan kerjasama Ketua Unit Sita JPJ Miri Habibah Shah Ariffin.

Katanya, sebanyak 12 motosikal pelbagai jenama telah diperiksa bagi tujuan penentuan nilai rizab sebelum dijual melalui proses lelongan awam kepada orang ramai yang berminat.

“Langkah ini merupakan sebahagian daripada proses pengurusan aset dilucut hak yang dilaksanakan secara telus dan mengikut tatacara yang ditetapkan.

“Ia bertujuan memastikan setiap aset kerajaan diuruskan dengan penuh akauntabiliti dan ketelusan,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, JPJ Sarawak menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh tadbir urus serta memastikan setiap proses pelupusan aset dilaksanakan dengan integriti, profesionalisme dan ketelusan demi kepentingan awam.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Johnny Pang harap jejambat Medan Jaya siap segera demi keselamatan penduduk
Next: Hari Bertemu Pelanggan IPD Miri terima sambutan hangat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.