
KUCHING: Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak melalui Tim Falcon telah melaksanakan Operasi Kenderaan Perkhidmatan Awam (E-Hailing) di sekitar kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), semalam.
Operasi yang diketuai oleh Ketua Unit Operasi JPJ Kuching, Mohd Ismail Omar itu bertujuan memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat pengoperasian kenderaan e-hailing selaras dengan peruntukan undang-undang yang sedang berkuat-kuasa.

Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kes ketidakpatuhan berkaitan syarat pengoperasian e-hailing telah dikesan.
Sehubungan itu, notis ketidakakuran telah dikeluarkan kepada pemandu terlibat untuk tindakan lanjut.

JPJ Sarawak menegaskan bahawa pihaknya akan terus mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan aspek keselamatan, pematuhan perundangan serta kualiti perkhidmatan pengangkutan awam sentiasa terpelihara demi kepentingan pengguna.