Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JPJ Sarawak ‘gempur’ motosikal pelajar, 110 kenderaan diperiksa dalam Operasi Khas
  • Selatan
  • WILAYAH

JPJ Sarawak ‘gempur’ motosikal pelajar, 110 kenderaan diperiksa dalam Operasi Khas

Utusan Sarawak 7 hours ago
SEBANYAK 110 motosikal telah diperiksa secara menyeluruh oleh anggota penguat kuasa JPJ Sarawak dalam Operasi Pemeriksaan Motosikal yang menyasarkan golongan pelajar di sebuah sekolah di Kota Samarahan, hari ini. Foto: JPJ Sarawak

KOTA SAMARAHAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak terus mempergiat usaha meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya menerusi pelaksanaan Operasi Pemeriksaan Motosikal yang menyasarkan golongan pelajar di sebuah sekolah di sini, hari ini.

Menurut kenyataan media JPJ Sarawak, operasi tersebut dijalankan bagi memastikan setiap motosikal yang digunakan oleh pelajar mematuhi spesifikasi teknikal yang ditetapkan selain berada dalam keadaan selamat untuk digunakan di jalan raya.

Katanya, pendekatan yang diambil bukan semata-mata berbentuk penguatkuasaan, sebaliknya memberi penekanan kepada aspek advokasi dan pendidikan awal berkaitan keselamatan jalan raya dalam kalangan pelajar.

SEBANYAK 110 motosikal telah diperiksa secara menyeluruh oleh anggota penguat kuasa JPJ Sarawak dalam Operasi Pemeriksaan Motosikal yang menyasarkan golongan pelajar di sebuah sekolah di Kota Samarahan, hari ini. Foto: JPJ Sarawak

“JPJ Sarawak komited untuk terus memperkukuh budaya pematuhan undang-undang jalan raya serta memupuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan pengguna jalan raya, khususnya golongan pelajar,” menurut kenyataan itu.

Dalam operasi berkenaan, sebanyak 110 motosikal telah diperiksa secara menyeluruh oleh anggota penguat kuasa JPJ Sarawak.

Hasil pemeriksaan mendapati masih terdapat segelintir pelajar melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak memiliki lesen memandu sah, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.

Selain itu, pihak JPJ turut mengesan beberapa motosikal yang telah diubah suai secara haram termasuk pengubahsuaian struktur dan peralatan kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

JPJ Sarawak turut merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah yang mengambil inisiatif memohon pemeriksaan tersebut dan mengalu-alukan lebih banyak sekolah di seluruh negeri untuk bekerjasama melaksanakan program sama pada masa akan datang.

Menurut kenyataan itu lagi, langkah proaktif sedemikian diharap dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan melibatkan pelajar sekolah selain memastikan aspek keselamatan kenderaan sentiasa diberi keutamaan sebelum memulakan perjalanan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Projek RTP atasi masalah parkir di Lorong 17A Skim Penempatan Semula Stampin siap dibina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.