Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • JPJ perluas saluran pendaftaran JPJeID di institut memandu bermula hari ini
  • NASIONAL

JPJ perluas saluran pendaftaran JPJeID di institut memandu bermula hari ini

Utusan Sarawak 2 days ago
KETUA Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli. Foto Bernama.

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperluas saluran pendaftaran JPJeID di Institut Memandu (IM) di seluruh negara berkuat kuasa hari ini.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata JPJeID merupakan akaun yang mengandungi ID Pengguna dan Kata Laluan yang diperlukan oleh setiap warganegara Malaysia untuk mendaftar masuk ke akaun portal awam MySIKAP dan aplikasi MyJPJ.

Beliau berkata menerusi pendaftaran JPJeID, orang awam berstatus warganegara boleh melaksanakan 38 jenis urus niaga JPJ secara dalam talian, termasuk perkhidmatan berkaitan pelesenan pemandu

“Sebagai contoh, individu yang lulus Ujian Kurikulum Pendidikan Pemanduan (KPP01) kini boleh terus memohon Lesen Belajar Memandu (LDL) melalui portal MySIKAP.

“Setelah pembayaran berjaya, lesen LDL tersebut akan dipaparkan secara digital menerusi aplikasi MyJPJ,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Aedy Fadly berkata semua calon belajar memandu serta orang awam kini boleh mendaftar JPJeID di mana-mana IM untuk melaksanakan pelbagai urus niaga melalui portal awam MySIKAP dan aplikasi MyJPJ.

Beliau berkata pihaknya berharap inisiatif itu akan memudahkan lagi akses orang awam terhadap perkhidmatan JPJ serta menyokong usaha pendigitalan sepenuhnya perkhidmatan jabatan itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: 184 syarikat usahawan Bumiputera Sabah, Sarawak terima geran BEEP PLUS
Next: Ahli Parlimen Sri Aman gesa RMK13 fokus keperluan rakyat termasuk kesihatan, pendidikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.