Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JPJ periksa 293 kenderaan, notis ketidakakuran dikeluarkan
  • Utara
  • WILAYAH

JPJ periksa 293 kenderaan, notis ketidakakuran dikeluarkan

Utusan Sarawak 8 hours ago
PERIKSA… Anggota JPJ Miri memeriksa kenderaan membawa muatan secara berbahaya di sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo dari Sibu ke Miri semalam.

MIRI: Sebanyak 293 kenderaan pelbagai jenis telah diperiksa dan beberapa notis ketidakakuran telah dikeluarkan terhadap kesalahan yang dikesan.

Menurut kenyataan JPJ Sarawak, Unit Operasi telah melaksanakan Ops Khas Pengarah menerusi penguatkuasaan secara rondaan dan pemantauan membawa muatan secara berbahaya di sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo dari Sibu ke Miri semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan telah dikesan antaranya melanggar syarat permit Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), membawa muatan secara berbahaya serta lain-lain kesalahan melibatkan aspek teknikal kenderaan.

“JPJ Sarawak komited untuk terus mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap pematuhan undang-undang jalan raya sentiasa berada pada tahap tinggi serta menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya,” kata kenyataan itu semalam.

Operasi tersebut turut disertai oleh Pengarah JPJ Sarawak Norizan Jili yang meninjau secara langsung pelaksanaan operasi serta memastikan penguatkuasaan dilaksanakan dengan berkesan dan teratur di lapangan.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BPHB salur sumbangan sistem solar kepada Masjid Al-Hijrah
Next: PIBG, alumni SK Agama MIS Sri Aman anjur majlis sungkei erat ukhuwah Ramadan, esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.