Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JPJ periksa 178 kenderaan dalam operasi di Sibu
  • WILAYAH

JPJ periksa 178 kenderaan dalam operasi di Sibu

Utusan Sarawak 8 months ago

SIBU: Sebanyak 178 kenderaan telah diperiksa dan 44 kenderaan dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan dalam Ops Pengarah Bil 16/2024 yang dilaksanakan oleh Unit Operasi Sibu baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sarawak di Facebook, operasi tersebut diadakan di Jalan Wong King Huo dan melibatkan rondaan di sekitar kawasan Sibu. 

“Antara kesalahan yang dikesan termasuk tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang tamat tempoh, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, serta kesalahan lain seperti tidak memakai tali pinggang keledar dan tiada insurans sah,” jelasnya. 

Empat kenderaan turut disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang melibatkan dua motosikal dan dua kereta.

Operasi ini dijalankan bertujuan memastikan kepatuhan kepada undang-undang lalu lintas dan menjaga keselamatan pengguna jalan raya di kawasan terbabit.

“JPJ akan terus komited dalam usaha penguatkuasaan bagi mengekang pelanggaran undang-undang jalan raya dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya,” katanya. 

Orang ramai yang ingin melaporkan kesalahan trafik boleh berbuat demikian melalui e-mel di aduantrafik@jpj.gov.my atau menggunakan aplikasi e-aduan@JPJ dengan menyertakan maklumat lengkap.

Continue Reading

Previous: 200 peserta sertai acara berbasikal sempena Hari Malaysia
Next: RM200, 00 bina tempat parkir kereta Pantai Pandan Lundu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.