Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JPJ Miri perkukuh integriti melalui Ikrar Bebas Rasuah
  • Utara
  • WILAYAH

JPJ Miri perkukuh integriti melalui Ikrar Bebas Rasuah

Utusan Sarawak 1 day ago
RAKAM KENANGAN… Norizan Jili, merakam kenangan bersama anggota yang lain pada majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan Perhimpunan Setia bagi Ogos bertempat di Auditorium Seri Armada, Pejabat Laut Miri Bahagian Timur, baru-baru ini.

MIRI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Miri menganjurkan majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan Perhimpunan Setia bagi Ogos di Auditorium Seri Armada, Pejabat Laut Miri Bahagian Timur, baru-baru ini.

Majlis tersebut menjadi simbol komitmen JPJ dalam memperkukuh budaya integriti dan menolak sebarang bentuk salah guna kuasa dalam perkhidmatan awam sejajar dengan prinsip tadbir urus yang telus, bertanggungjawab dan beretika.

Ceramah khas daripada wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut disampaikan dengan penekanan terhadap peranan penjawat awam dalam usaha membanteras rasuah serta membudayakan integriti dalam tugas seharian.

IKRAR… Janji keramat warga JPJ dalam menjunjung nilai murni dan memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap institusi awam.

Majlis diserikan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh Zuelwilson Majit serta disaksikan oleh Penolong Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Cawangan Miri, Zaihairy Mohd. Yunus sebagai tanda sokongan SPRM terhadap usaha memartabatkan integriti jabatan.

Turut hadir, Norizan Jili, Pengarah JPJ Sarawak; Fifi Suhesty, Ketua Cawangan JPJ Miri; dan Lennon Lensi daripada Unit Integriti JPJ Sarawak.

Majlis ini menjadi satu peringatan bahawa ikrar tersebut bukan sekadar lafaz, tetapi janji keramat warga JPJ dalam menjunjung nilai murni dan memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap institusi awam.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Meradong hadiri mesyuarat program bantuan MyLesen B2
Next: Perairan Sarawak selamat, tiada ancaman lanun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.