Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JPJ Miri laksana Ops Gempur Kenderaan Perdagangan
  • Utara
  • WILAYAH

JPJ Miri laksana Ops Gempur Kenderaan Perdagangan

Utusan Sarawak 13 hours ago

PERIKSA… Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jili, bersama Tim Ops JPJ Miri yang diketuai oleh Teresa Baru ketika melakukan pemeriksaan ke atas salah sebuah lori di sini.

MIRI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Miri melaksanakan Ops Gempur Kenderaan Perdagangan bagi memperkukuh penguatkuasaan terhadap pemandu serta pemilik kenderaan perdagangan di sekitar daerah ini.

Menurut kenyataan JPJ Sarawak hari ini, sepanjang operasi dijalankan, beberapa kenderaan perdagangan telah diperiksa bagi memastikan pemandu dan pengusaha mematuhi peraturan termasuk aspek keselamatan, penyelenggaraan kenderaan, serta pemilikan permit dan lesen yang sah.

PERIKSA… Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jili, bersama Tim Ops JPJ Miri yang diketuai oleh Teresa Baru ketika melakukan pemeriksaan ke atas salah sebuah lori di sini.

“Operasi seperti ini akan terus diperhebat dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin serta kelancaran aliran trafik di seluruh negeri.

“JPJ komited memastikan setiap pemandu kenderaan perdagangan mematuhi undang-undang yang ditetapkan demi keselamatan semua pihak,” kata kenyataan itu yang disalurkan melalui Facebook JPJ Sarawak.

Operasi tersebut turut disertai oleh Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jili, bersama Tim Ops JPJ Miri yang diketuai oleh Teresa Baru.

PERIKSA… Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jili, bersama Tim Ops JPJ Miri yang diketuai oleh Teresa Baru ketika melakukan pemeriksaan ke atas salah sebuah lori di sini.

Kehadiran Pengarah JPJ Sarawak dalam rondaan harian kali ini mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam memastikan tahap pematuhan undang-undang jalan raya sentiasa tinggi, khususnya melibatkan kenderaan perdagangan.

Dengan pelaksanaan Ops Gempur secara berterusan, JPJ Sarawak berharap kesedaran dan tanggungjawab dalam kalangan pemandu kenderaan perdagangan akan terus meningkat, ujarnya lagi.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Delegasi Sarawak adakan lawatan ke sangkar ternakan ikan di Danau Toba, Indonesia
Next: Petronas dan Sarawak Energy jayakan program Back To School di SK Bario

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.