Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JPJ Miri, AADK laksanakan Operasi Khas sempena Krismas 2025
  • Utara
  • WILAYAH

JPJ Miri, AADK laksanakan Operasi Khas sempena Krismas 2025

Utusan Sarawak 4 hours ago
PERIKSA… Sebahagian daripada 159 kenderaan pelbagai jenis yang diperiksa oleh pegawai penguat kuasa dalam Operasi Khas sempena Perayaan Krismas 2025 bagi memastikan keselamatan serta pematuhan undang-undang jalan raya dalam kalangan pengguna jalan raya.

MIRI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Miri dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melaksanakan Operasi Khas sempena Perayaan Krismas 2025 bagi memastikan keselamatan serta pematuhan undang-undang jalan raya dalam kalangan pengguna jalan raya.

Menurut kenyataan JPJ Sarawak, operasi tersebut dilaksanakan melalui rondaan dan pemantauan di sekitar bandar Miri selain pemeriksaan bas di Terminal Bas Miri.

Katanya, sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 159 kenderaan pelbagai jenis telah diperiksa oleh pegawai penguat kuasa.

PERIKSA… Anggota JPJ dan AADK ketika mengadakan Operasi Khas sempena Perayaan Krismas 2025 di Terminal Bas Miri.

Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan telah dikesan termasuk cukai jalan tamat tempoh, kenderaan tidak dilindungi insurans, kegagalan memakai tali pinggang keledar serta pelbagai kesalahan lain yang melibatkan aspek teknikal kenderaan.

Pelaksanaan operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai langkah pencegahan dan penguatkuasaan berterusan bagi memastikan tahap keselamatan jalan raya berada pada tahap terbaik, kata kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai turut dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat sebelum memulakan perjalanan, khususnya sepanjang musim perayaan.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: GPS pastikan pendidikan percuma 2026, sediakan bantuan komprehensif untuk pelajar Sarawak
Next: Khidmat khas bomba bantu selesaikan kes pintu kereta terkunci

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.