Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JPJ laksana Ops Hari Raya Aidiladha 2025 secara serentak di seluruh negara
  • TEMPATAN

JPJ laksana Ops Hari Raya Aidiladha 2025 secara serentak di seluruh negara

Utusan Sarawak 2 days ago
SEDIA… JPJ melaksanakan Ops Hari Raya Aidiladha (Ops HRAA) telah mula dilaksanakan semalam dan akan berlangsung sehingga 10 Jun 2025 di seluruh negara secara serentak.

MIRI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terus komited memastikan keselamatan pengguna jalan raya berada pada tahap tertinggi khususnya sempena musim perayaan yang kebiasaannya menyaksikan peningkatan jumlah kenderaan.

Sehubungan itu, menurut kenyataan JPJ, Ops Hari Raya Aidiladha (Ops HRAA) 2025 telah mula dilaksanakan semalam dan akan berlangsung sehingga 10 Jun 2025 di seluruh negara secara serentak.

Pelaksanaan Ops HRAA 2025 bertujuan untuk memantau, mengesan, dan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu atau pemilik kenderaan yang gagal mematuhi peraturan lalu lintas serta undang-undang jalan raya yang ditetapkan.

Tindakan penguatkuasaan ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) serta kaedah-kaedah yang digariskan di bawahnya, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334) dan Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

JPJ memandang serius setiap bentuk pelanggaran undang-undang jalan raya dan akan melaksanakan penguatkuasaan secara berfokus bagi memastikan tahap pematuhan pengguna terhadap peraturan yang sedia ada berada dalam keadaan terbaik.

Orang ramai dinasihatkan sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, mematuhi spesifikasi yang dibenarkan serta mengutamakan keselamatan sepanjang perjalanan, terutamanya ketika dalam perjalanan pulang ke kampung atau ke destinasi percutian sempena Aidiladha dan cuti sekolah.

Oleh Adum Liu

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: BCF 2025 kembali Julai depan, tampilkan budaya tempatan sebagai fokus utama
Next: Tinjauan projek saliran: Wilfred Yap lawat tapak siap di Lorong Semaba 7

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.