Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JPJ Kuching tingkat penguatkuasaan terhadap parkir haram menerusi Ops Patuh
  • TEMPATAN

JPJ Kuching tingkat penguatkuasaan terhadap parkir haram menerusi Ops Patuh

Utusan Sarawak 6 hours ago
ANGGOTA Unit Penguatkuasa Bermotosikal (FALCON) JPJ Sarawak menjalankan Ops Patuh di sekitar bandar Kuching dan kawasan Hospital Umum Sarawak bagi mengesan kenderaan yang diletakkan di garisan kuning serta kawasan larangan, sebagai usaha memastikan kelancaran lalu lintas dan keselamatan pengguna jalan raya. Foto JPJ Kuching

KUCHING: Sebanyak 113 kenderaan diperiksa dalam Ops Patuh yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuching menerusi Unit Penguatkuasa Bermotosikal (FALCON) bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya, khususnya berkaitan kesalahan meletakkan kenderaan di kawasan larangan.

Operasi tersebut dijalankan menerusi rondaan dan pemantauan di sekitar bandar Kuching serta kawasan sekitar Hospital Umum Sarawak bagi mengesan dan mengambil tindakan terhadap kenderaan yang diletakkan di kawasan garisan kuning, yang boleh menjejaskan kelancaran lalu lintas dan keselamatan pengguna jalan raya.

ANGGOTA Unit Penguatkuasa Bermotosikal (FALCON) JPJ Sarawak menjalankan Ops Patuh di sekitar bandar Kuching dan kawasan Hospital Umum Sarawak bagi mengesan kenderaan yang diletakkan di garisan kuning serta kawasan larangan, sebagai usaha memastikan kelancaran lalu lintas dan keselamatan pengguna jalan raya. Foto JPJ Kuching

Hasil pemeriksaan mendapati antara kesalahan utama dikesan ialah meletakkan kenderaan di garisan kuning, yang berpotensi menghalang aliran trafik serta menjejaskan akses kenderaan kecemasan, khususnya di kawasan hospital.

JPJ Sarawak menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan dan tidak meletakkan kenderaan di kawasan larangan demi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan dan kesejahteraan semua pihak.

Tambahnya, JPJ Sarawak akan terus mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan dari semasa ke semasa sebagai usaha mendidik serta meningkatkan kesedaran orang awam.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Lo Khere Chiang hulur bantuan mangsa kebakaran Taman Penrissen menjelang Tahun Baharu Cina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.