Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • JPJ kemas kini garis panduan Institut Memandu, benar bina litar latihan dalam bangunan
  • NASIONAL

JPJ kemas kini garis panduan Institut Memandu, benar bina litar latihan dalam bangunan

Utusan Sarawak 6 hours ago
KETUA Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli.

BALING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengemas kini garis panduan permohonan penubuhan Institut Memandu (IM) baharu, termasuk membenarkan pembinaan litar latihan di dalam bangunan bertingkat.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata garis panduan itu digubal selaras dengan peruntukan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Sekolah Memandu) 1992 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] bagi memperkukuh kawal selia industri institut memandu.

“Garis panduan ini turut menetapkan pembangunan IM dalam bangunan bertingkat sebagai langkah inovatif bagi mengatasi kekangan tanah, khususnya di kawasan padat dan bernilai tinggi.

“Bagaimanapun beberapa aspek perlu dipenuhi, termasuk jaminan tahap keselamatan fizikal yang tinggi kepada calon, tenaga pengajar dan orang awam, serta reka bentuk ruang dalaman yang kondusif, selamat dan menyokong kesinambungan latihan memandu tanpa gangguan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Institut Memandu Warisan Integriti Kuala Ketil, dekat sini hari ini.

Turut hadir Pengarah JPJ Kedah Stien Van Lutam dan Pengarah Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Mohd Kamal Hisham Abu Bakar.

Beliau berkata pihak yang berminat menubuhkan IM dengan konsep baharu itu dialu-alukan mengemukakan permohonan yang dibuka tanpa had masa.

“Kami turut membuka peluang kepada mana-mana pihak yang berminat menubuhkan institut memandu di dalam bangunan. Contohnya, pihak yang mempunyai tanah, bangunan atau gudang luas yang tidak digunakan boleh mengemukakan cadangan kepada JPJ untuk membangunkan kawasan tersebut.

“Jika terdapat bangunan bertingkat seperti pusat beli-belah yang tidak digunakan, mereka boleh memohon kepada JPJ untuk menubuhkan IM. Namun, kelulusan tertakluk kepada syarat. Kita perlu memastikan aspek keselamatan bangunan dipatuhi, terutamanya jika pembinaan litar melibatkan kawasan seperti bumbung. Struktur bangunan mestilah kukuh dan mematuhi spesifikasi ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata pembinaan IM di bangunan bertingkat bagaimanapun hanya melibatkan latihan lesen memandu Kelas D dan B, iaitu kereta dan motosikal.

Sementara itu, Aedy Fadly berkata antara garis panduan baharu lain termasuk pertimbangan kewajaran penubuhan IM berdasarkan kapasiti serta kesediaan IM sedia ada di sesuatu kawasan.

“Tiada lagi penetapan jarak minimum antara IM baharu dengan IM sedia ada, malah tiada had minimum keluasan tanah untuk pembinaan IM baharu.

“Kami juga ingin memaklumkan bahawa tiada lagi persempadanan kawasan bagi kriteria penetapan calon. Ini bermakna institut memandu di Malaysia boleh menerima calon dari mana-mana kawasan, tidak lagi tertakluk kepada lokasi institut berkenaan,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Tujuh kapal Malaysia tunggu isyarat untuk lalui Selat Hormuz – Mohamad Hasan
Next: Keputusan bawa pulang MALBATT tertakluk kepada UNIFIL – Mohamed Khaled

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.