Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JPJ dan PDRM selaraskan kaedah kompaun saman, bayar awal dapat diskaun
  • TEMPATAN

JPJ dan PDRM selaraskan kaedah kompaun saman, bayar awal dapat diskaun

Utusan Sarawak 15 hours ago
BUDAYAKAN KESELAMATAN…Hasbi pada Majlis Perasmian Program Kesedaran Budaya Keselamatan Penerbangan Lapangan Terbang Limbang.  

LIMBANG: Prinsip baharu pembayaran saman yang diperkenalkan kerajaan memberi peluang kepada pengguna jalan raya menikmati kadar kompaun lebih rendah sekiranya bayaran dibuat lebih awal.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, berkata kadar dan kaedah kompaun saman trafik yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diselaraskan bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang jalan raya lebih seragam mulai 1 Januari tahun depan.

Menurutnya, keputusan itu dibuat Jemaah Menteri baru-baru ini selepas mendapati wujud perbezaan ketara dalam kadar dan kaedah pelaksanaan kompaun antara kedua-dua agensi berkenaan.

“Ini merupakan usaha bersama antara PDRM, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Dalam Negeri. Sidang media mengenainya telah diadakan di Parlimen dua hari lalu bagi menjelaskan penyelarasan saman antara kedua-dua agensi,” katanya.

Hasbi turut menggalakkan orang ramai yang melakukan kesalahan jalan raya supaya membayar saman lebih awal bagi menikmati kadar diskaun yang ditawarkan.

KESELAMATAN…Hasbi turut memadam api menggunakan alat pemadam api di Majlis Perasmian Program Kesedaran Budaya Keselamatan Penerbangan Lapangan Terbang Limbang.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Kesedaran Budaya Keselamatan Penerbangan Lapangan Terbang Limbang, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dilaporkan berkata bahawa kaedah baharu itu diperkenalkan bagi mengelakkan kekeliruan serta memastikan pelaksanaan undang-undang lebih seragam antara JPJ dan PDRM.

Beliau menjelaskan bahawa berdasarkan prinsip baharu tersebut, orang ramai yang menyelesaikan kompaun dalam tempoh satu hingga 15 hari akan menerima pengurangan 50 peratus, manakala bagi tempoh 16 hingga 30 hari akan menerima pengurangan sebanyak 33 peratus.

Kadar maksimum pula akan dikenakan kepada mereka yang menyelesaikan kompaun dalam tempoh 31 hingga 60 hari.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Dato’ Kapten Norazman Mahmud, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS), Selamat Jati Yanjah, dan Pegawai Daerah Limbang, Sulaiman Engal.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Unimas bantu komuniti kampung hasilkan produk hijau melalui Program EcoEnzyme
Next: Parang ilang buah tangan popular dari Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.