Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JPJ Cawangan Sarikei agih 600 pek bubur sempena Ramadan 
  • WILAYAH

JPJ Cawangan Sarikei agih 600 pek bubur sempena Ramadan 

Utusan Sarawak 8 hours ago
KETUA JPJ Cawangan Sarikei, Nurul Fairezzah Safri menyerahkan bubur lambuk kepada orang ramai. Foto JPJ Cawangan Sarikei

SARIKEI: Sebanyak 600 pek bubur lambuk telah diagihkan kepada orang ramai, golongan asnaf dan beberapa agensi kerajaan dalam satu program kebajikan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Surau Darul Furqan, Kompleks Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sarikei sempena Ramadan.

Program tersebut telah dilaksanakan baru-baru ini sebagai sebahagian daripada usaha menyemarakkan semangat Ramadan melalui aktiviti kemasyarakatan serta amalan berkongsi rezeki bersama masyarakat setempat menjelang sambutan Aidilfitri.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Surau Darul Furqan, Mohd Elly Arbi, berkata program penyediaan bubur lambuk tersebut dianjurkan oleh pihaknya dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak serta Kelab Sukan dan Rekreasi JPJ Sarikei.

ANTARA agensi kerajaan yang menerima bubur lambuk. Foto JPJ Cawangan Sarikei

“Penyediaan bubur lambuk dilaksanakan secara gotong-royong yang melibatkan warga kerja JPJ Cawangan Sarikei bersama wakil daripada YADIM Sarawak.

“Ini adalah sumbangan ikhlas daripada kami dalam menyemarakkan lagi sambutan Ramadan selain merupakan antara aktiviti kemasyarakatan yang disusun sepanjang tahun ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, program tersebut bukan sahaja bertujuan berkongsi juadah berbuka puasa dengan masyarakat setempat, malah turut memperkukuhkan hubungan silaturahim antara kakitangan agensi kerajaan.

Katanya, pengagihan bubur lambuk kepada para penerima telah diketuai sendiri oleh Ketua JPJ Cawangan Sarikei, Nurul Fairezzah Safri.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program MyLesen sasar 1,000 peserta di Parlimen Julau
Next: Peruntukan RM900,000 baik pulih jalan Logan Entasan–Benawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.