Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JPBN Sarawak perketat peraturan perjalanan baharu
  • TEMPATAN

JPBN Sarawak perketat peraturan perjalanan baharu

Utusan Sarawak 5 years ago
MOHD Ashmunir Sahab

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak baru-baru ini perketatkan peraturan perjalanan bahru bagi rakyat Malaysia dari Sabah dan Labuan ke negeri ini susulan lonjakan kes Covid-19 di negeri itu.
Langkah memperketakan kemasukan itu dibuat bagi mengawal penularan wabak pandemik itu merebak ke Negeri Bumi Kenyalang ini.

Tinjauan Utusan Sarawak semalam mendapati, kebanyakan masyarakat di negeri ini bersetuju dan menyokong keputusan yang dibuat oleh ahli Sekretariat JPBNS untuk memperketatkan kemasukan rakyat warga Malaysia dari Sabah dan Labuan ke negeri ini.

Bagi Mohd Ashmunir Sahab, 29, berkata, langkah berjaga-jaga yang diambil oleh kerajaan Negeri adalah keputusan yang sangat tepat pada masa ini.

“Kita tidak boleh membiarkan wabak pandemik ini terus merebak ke negeri kita dengan sewena-wenangnya lagi. Dengan memperketatkan peraturan kemasukan ini sedikit sebanyak membantu dalam pengurangan kes di negeri ini juga.

Manakala, bagi Goh Kian Hui, 32, pekerja swasta berkata, perjalanan yang berulang alik kerap dari Sabah ini adalah inisiatif yang baik dibuat oleh Kerajaan Negeri sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengekalkan standard operasi prosedur (SOP) yang ketat untuk mengurangkan risiko penyebaran Covid-19.
Sementara itu, bagi rakyat Sarawak Liliana Mening, 29, yang kini menetap di Sabah berkata, peraturan memperketatkan perjalanan bahru bagi rakyat Malaysia dari Sabah dan Labuan itu menyukarkan dia untuk balik ke negeri ini.

“Saya dapat tahu mengenai pengumuman itu daripada keluarga di Miri, semalam.

“Kalau diikutkan hati, saya hendak saja balik Sarawak, tetapi memandangkan keadaan sekarang sangat tidak mengizinkan saya terpaksa membatalkan hasrat untuk balik kampung.”Katanya kepada media ketika dihubungi semalam.

Oleh Jeakqleyn Yacho

Continue Reading

Previous: Pokok ‘Legenda’ tersungkur menyembah bumi
Next: KIK JTS Sarawak hasilkan 152 projek berkualiti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.