Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JPBN akan adakan mesyuarat SOP, TBC
  • TEMPATAN

JPBN akan adakan mesyuarat SOP, TBC

Utusan Sarawak 3 years ago
KENANGAN… Dato Sri Dr Sim Kui Hian merakamkan gambar kenangan bersama CMAA selepas menyempurnakan Majlis ‘eye-dotting’ di Kuil Tua Pek Kong, di Kuching, semalam.

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan mengadakan mesyuarat berhubung prosedur operasi standard (SOP) bagi sambutan Tahun Baharu Cina(TBC) tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri, Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata JPBN Sarawak akan mengambil kira input daripada pakar tempatan sebelum membuat sebarang keputusan untuk pelaksanaan SOP TBC ini.

“Datuk Amar Douglas Uggah telah dilantik semula sebagai Pengerusi JPBN Sarawak dan kita akan mengadakan mesyuarat untuk memutuskan SOP bagi TBC tidak lama lagi.

“Selain itu, pakar tempatan kita akan melihat unjuran kes semasa sebelum JPBN Sarawak membuat sebarang keputusan,” jelasnya.

Tambahnya lagi, keselamatan orang ramai akan menjadi keutamaan dalam merangka SOP TBC 2022 tersebut.

Tegasnya, keputusan JPBN Sarawak adalah bukan berdasarkan keputusan politik namun, lebih kepada keperluan penjagaan kesihatan dan keselamatan rakyat.

“Berdasarkan jangkitan harian baharu sejak akhir ini, Sarawak kelihatan berada dalam keadaan baik namun, rakyat tidak seharusnya leka dengan usaha untuk memerangi wabak Covid-19.

“Tahun lepas sekurang-kurangnya 1,280 individu meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 di mana angka ini tidak termasuk mereka yang meninggal dunia secara tidak langsung disebabkan Covid-19,” tambahnya yang berkata angka tersebut berkemungkinan meningkat ke beberapa ribu kematian sekiranya dicampurkan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis ‘eye-dotting’ di Kuil Tua Pek Kong di sini, semalam.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: PBB TUBUHKAN SAYAP KHAS
Next: Misteri kematian khinzir timbulkan keresahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.