Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JPBBB kini beroperasi 24 jam
  • Utara
  • WILAYAH

JPBBB kini beroperasi 24 jam

Utusan Sarawak 3 months ago
KELIHATAN Johnny Pang Leong Ming berinteraksi dengan mangsa banjir di PPS Stadium Muhibah Bintulu.

BINTULU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu (JPBBB) kini beroperasi 24 jam penuh, memfokuskan usaha menyelamat dan pemindahan mangsa banjir di kawasan terjejas.

Empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka, termasuk Stadium Muhibah yang kini mencapai kapasiti penuh.

Pengerusi JPBBB, Datu Nyurak Keti mengumumkan pembukaan PPS baharu di Dewan Suarah Bintulu dan langkah persediaan untuk membuka PPS tambahan di Paragon Bintulu jika diperlukan.

“Bilik gerakan kami telah beroperasi tanpa henti sejak semalam dan operasi menyelamat serta pemindahan mangsa menjadi keutamaan.

KEADAAN sesak di PPS Stadium Muhibah Bintulu akibat peningkatan mendadak jumlah mangsa banjir semalam, memaksa JPBBB membuka PPS baharu untuk menampung keperluan tempat perlindungan.

“Semua agensi terlibat berada dalam mod siaga tinggi,” katanya ketika melawat PPS Stadium Muhibah.

Lawatan itu turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming dan Pegawai Daerah Bintulu, Awang Mohammed Nizam Awang Ali Bohan.

Beliau yang juga Residen Bahagian Bintulu menggesa orang ramai untuk sentiasa merujuk kepada bilik gerakan operasi bagi mendapatkan maklumat terkini dan elakkan penyebaran berita palsu yang boleh mengelirukan masyarakat.

“Jangan sebarkan maklumat yang tidak sahih.

“Jika ingin maklumat sahih, terus hubungi bilik gerakan kami,” tegasnya mengingatkan orang ramai untuk tidak menyebarkan berita yang tidak disahkan.

Selain itu, beliau menekankan pentingnya koordinasi antara agensi kerajaan dan syarikat swasta sebelum menghantar bantuan ke pusat pemindahan, bagi memastikan agihan bantuan dapat dilakukan dengan cekap dan teratur.

“Kerjasama semua pihak adalah kunci utama dalam menangani situasi ini.

“Fokus kita adalah untuk membantu mangsa, bukannya mencari kesalahan,” tambahnya.

Ujar beliau, dengan kerjasama erat antara kerajaan, masyarakat, dan pihak swasta, JPBBB bertekad untuk memastikan keselamatan dan keperluan mangsa banjir dapat dipenuhi dengan segera dan efisien.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jalan raya Ba’kelalan-Lawas alami kerosakan
Next: Beberapa kawasan terjejas di Simunjan akibat banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.