Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • JPA nafi berlaku perubahan sistem pencen kerajaan mulai 1 Jan 2025
  • NASIONAL

JPA nafi berlaku perubahan sistem pencen kerajaan mulai 1 Jan 2025

Utusan Sarawak 2 days ago

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sekali lagi menafikan kononnya berlaku perubahan sistem pencen kerajaan mulai 1 Januari 2025 seperti ditularkan pihak tertentu di media sosial.

Dalam kenyataan di akaun Facebook rasminya hari ini, JPA juga menegaskan tiada pembatalan pencen untuk pegawai awam sedia ada.

“Sebarang maklumat berkaitan pencen perlu dirujuk kepada sumber rasmi kerajaan,” menurut JPA.

JPA turut mengingatkan orang ramai bahawa menyebarkan berita palsu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta menasihati agar tidak berkongsi maklumat yang tidak sahih.

Sementara itu, Bahagian Pencen JPA turut menafikan dakwaan berkenaan dan memaklumkan maklumat tular itu bukanlah daripada bahagian itu mahupun Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

“Jika kalian terima, abaikan. Rujuk sumber yang sahih dan ayuh kita doakan agar insan yang mengadakan ‘cerita tidak benar ini’ diberikan petunjuk,” kata Bahagian Pencen JPA.– Bernama

Continue Reading

Previous: Harga ayam stabil sejak subsidi ditamatkan – Fuziah
Next: JPA akan kaji cadangan naik umur persaraan wajib kepada 65 tahun – KSN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.