Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • JPA jalankan kajian pelaksanaan kenaikan ke Gred 5
  • SEMASA

JPA jalankan kajian pelaksanaan kenaikan ke Gred 5

Utusan Sarawak 8 hours ago
JPA meneliti pelaksanaan penambahbaikan skim perkhidmatan pembantu tadbir Gred 1 hingga 5 yang dijangka dilaksana selewat-lewatnya pada 1 Januari tahun depan. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang menjalankan kajian terperinci bagi meneliti pelaksanaan penambahbaikan skim perkhidmatan pembantu tadbir Gred 1 hingga 5 bagi kategori pembantu tadbir, pengkeranian dan kewangan. 

Pengarah Bahagian Perjawatan Dan Organisasi JPA, Datuk Pauzan Ahmar berkata, ia termasuk syarat kelayakan, tempoh perkhidmatan, kekananan dan gaji sebelum pelaksanaannya selewat-lewatnya pada 1 Januari tahun depan. 

“Kita ada lebih 125,000 penjawat awam dan 75 skim yang ada kaitan dengan N1 yang menjadi tulang belakang pentadbiran. Kalau kita melihat kepada kajian, kita tak boleh melihat satu gred sahaja, disentuh satu skim sahaja atau skim berikut yang dia (penjawat awam) akan naik. Kita akan tengok kedua-duanya sekali.

“Kami (JPA) diberi masa secukupnya untuk mengeluarkan satu keputusan bagaimana tindakan pelaksanaan kepada keputusan diumumkan Perdana Menteri. Kita sudah ada kerangka, carta Gantt dan sebagainya, cuma pengisiannya sedang dikaji,” katanya menerusi Podcast JPA bertajuk ‘Naik Gred? Betul Ke?’ hari ini. 

Pauzan berkata pihaknya juga akan mengambil kira kekananan bagi Gred 2, 3 dan 4 untuk kenaikan ke Gred 5, dengan pelaksanaannya dijangka secara berperingkat mengikut kelayakan semasa. 

Beliau turut tidak menolak kemungkinan seseorang penjawat awam yang dilantik ke Gred 5 berhadapan kemungkinan dipindahkan ke agensi atau lokasi lain seperti telah dipersetujui mereka ketika masuk bekerja. 

Pada Isnin lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan JPA menyediakan laluan kenaikan pangkat bagi penjawat awam Gred 1 dengan syarat-syarat khas ditetapkan bagi membolehkan penjawat awam gred rendah mempunyai peluang kemajuan kerjaya di bawah pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: PM Anwar tiba di Kuching bagi lawatan kerja rasmi
Next: Kerajaan berusaha panjangkan jaminan bekalan minyak negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.