Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • JPA akan kaji cadangan naik umur persaraan wajib kepada 65 tahun – KSN
  • NASIONAL

JPA akan kaji cadangan naik umur persaraan wajib kepada 65 tahun – KSN

Utusan Sarawak 2 days ago
KETUA Setiausaha Negara yang baharu Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar

PUTRAJAYA:  Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menjalankan kajian menyeluruh berhubung cadangan menaikkan umur persaraan wajib penjawat awam kepada 65 tahun, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata cadangan itu masih di peringkat awal dan memerlukan penelitian mendalam sebelum sebarang keputusan dapat dibuat.

“Belum ada kajian pada ketika ini. JPA akan melaksanakan kajian terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri syarahan perdana bertajuk “State Capacity and Directed Growth: A Mission Oriented,” oleh pakar ekonomi Prof Mariana Francesca Mazzucato di sini hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) di Dewan Rakyat pada 31 Julai lepas, memaklumkan bahawa had umur persaraan wajib akan dikaji semula seiring peralihan Malaysia ke arah negara tua.

Perkara itu terkandung dalam Prakarsa Kesembilan RMK-13 yang menekankan aspek keadilan sosial dan kesaksamaan peluang untuk seluruh rakyat.

Perdana Menteri turut menyatakan pelbagai aspek termasuk implikasi kewangan dan kesan terhadap peluang pekerjaan perlu dipertimbangkan sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat.

Pada Mei lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan cadangan menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 kepada 65 tahun.

Menurut Azalina, adalah satu kerugian sekiranya individu diwajibkan bersara pada usia 60 tahun, sedangkan mereka masih sihat, bertenaga dan mampu menyumbang secara produktif kepada tenaga kerja negara.

Ketika ini, umur persaraan wajib bagi penjawat awam di Malaysia ditetapkan pada 60 tahun, yang juga merupakan umur persaraan minimum bagi sektor swasta di bawah Akta Umur Persaraan Minimum 2012. — Bernama

Continue Reading

Previous: JPA nafi berlaku perubahan sistem pencen kerajaan mulai 1 Jan 2025
Next: Penyelidik UMT temui spesies ikan baharu ‘Rogadius azizahae’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.