Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Joy Ngiaw harumkan Malaysia di Children’s & Family Emmy Awards 
  • HIBURAN

Joy Ngiaw harumkan Malaysia di Children’s & Family Emmy Awards 

Utusan Sarawak 4 hours ago
Foto Instagram Joy Ngiaw

KUALA LUMPUR: Komposer kelahiran Malaysia, Joy Ngiaw mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi anugerah Outstanding Music Direction and Composition for an Animated Program menerusi hasil kerjanya bagi siri animasi WondLa yang disiarkan di platform Apple TV+.

Beliau memenangi anugerah itu pada 4th Annual Children’s & Family Emmy Awards yang berlangsung di Lincoln Center, New York City pada 1 dan 2 Mac lepas.

Dalam perkongsiannya di media sosial, beliau meluahkan rasa terharu atas pengiktirafan tersebut dan menyifatkan kemenangan itu sebagai satu penghormatan besar dalam perjalanan kerjayanya sebagai komposer.

“Speechless!!! Beyond grateful for this incredible honor(Tidak terungkap dengan kata-kata!!! Amat bersyukur dengan pengiktirafan ini),” tulisnya.

Ngiaw turut merakamkan penghargaan buat pasukan produksi termasuk Skydance Animation serta Apple TV+ yang memberi kepercayaan kepadanya untuk membangunkan dunia muzik bagi siri animasi berkenaan.

Dilahirkan di Pahang, Ngiaw juga menzahirkan penghargaan buat keluarganya di Malaysia serta individu terdekat yang sentiasa menjadi sumber kekuatan sepanjang perjalanan kerjayanya.

“Kepada keluarga saya di Malaysia dan teman saya – terima kasih kerana menjadi penyokong dan juga jiwa untuk muzik saya,” katanya.

Sementara itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) turut merakamkan ucapan tahniah buat Ngiaw atas kejayaannya di pentas antarabangsa.

Menerusi hantaran di media sosial rasminya, FINAS menyifatkan kemenangan Ngiaw pada anugerah itu sebagai bukti bakat kreatif Malaysia mampu mencipta impak di pentas antarabangsa selain mengharumkan nama negara dalam industri kandungan global.

“Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada generasi baharu penggiat seni untuk terus berkarya dan menakluk dunia,” menurut FINAS.- Bernama

Continue Reading

Previous: Pengalaman pertama sebagai isteri jadi inspirasi Amira Othman hasilkan ‘Bincang Raya’
Next: Hidang mewah kaviar, truf dan pai ayam jadi tarikan di Oscars

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.