Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Joseph Salang dilantik Penasihat Khas DCCI bagi penggal 2026–2029
  • TEMPATAN

Joseph Salang dilantik Penasihat Khas DCCI bagi penggal 2026–2029

Utusan Sarawak 5 hours ago
PELANTIKAN… Dato Sri Joseph Salang Gandum (tengah) menerima surat pelantikan sebagai Penasihat Khas DCCI bagi penggal 2026–2029 daripada Presiden DCCI, Dato Allan Keripin Nangkai (kiri), disaksikan Naib Presiden Kanan, Datuk Winsel Ahtos.

KUCHING: Majlis Tertinggi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Dayak (DCCI) melantik Dato Sri Joseph Salang Gandum sebagai Penasihat Khas bagi penggal 2026 hingga 2029.

Presiden DCCI, Dato Allan Keripin Nangkai berkata, pelantikan itu mencerminkan komitmen dewan untuk memanfaatkan kepimpinan berpengalaman serta pandangan strategik dalam memperkukuh peranannya.

“Pengalaman luas, dedikasi tinggi serta nasihat yang dihormati daripada Salang dijangka memainkan peranan penting dalam membimbing DCCI mencapai visi dan objektif strategiknya, khususnya dalam memperjuangkan kepentingan komuniti perniagaan Dayak.

“DCCI juga menantikan sumbangan perspektif beliau dalam menyokong inisiatif pembangunan sosioekonomi yang lebih luas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada majlis tersebut, Salang menerima surat pelantikan sebagai Penasihat Khas DCCI daripada Allan.

Majlis berkenaan turut disaksikan oleh Naib Presiden Kanan DCCI, Datuk Winsel Ahtos.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: APM nilai keperluan aset di Sarawak, rancang pusat latihan pertingkat kesiapsiagaan
Next: Lily Yong fail rayuan terhadap pemecatan sebagai Pengerusi Cawangan SUPP Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.