Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Jonassen dari Denmark diumum Ketua Jurulatih perseorangan negara yang baharu
  • SUKAN

Jonassen dari Denmark diumum Ketua Jurulatih perseorangan negara yang baharu

Utusan Sarawak 6 months ago

Kenneth Jonassen

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengumumkan jurulatih berpengalaman dari Denmark Kenneth Jonassen, sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.

Perkembangan dinanti-nantikan itu diumumkan Pemangku Presiden BAM Datuk V. Subramaniam pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis BAM di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini.

Subramaniam berkata Jonassen yang menandatangani kontrak selama empat tahun, akan memulakan tugasnya secara rasmi bermula 4 Jan 2025.

Beliau berkata sebahagian daripada tugasnya, Jonassen akan bekerjasama rapat dengan Pengarah Kejurulatihan ABM Rexy Mainaky untuk merangka pelan pembangunan jangka panjang bagi program perseorangan Malaysia.

Jonassen mempunyai rekod prestasi yang terbukti antaranya selepas memainkan peranan penting dalam membentuk legasi badminton Denmark selama 13 tahun.

Sebelum ini, jurulatih berusia 50 tahun itu pernah berkhidmat sebagai ketua jurulatih England.

Bekas pemain nombor dua dunia itu pernah memenangi gelaran berprestij seperti Terbuka Jerman, Korea, Belanda dan Singapura, sepanjang kariernya.

Sementara itu, Subramaniam turut mengumumkan bekas Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dilantik sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup badan induk itu.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Slot bimbang ancaman Southampton
Next: Arsenal temui rentak, benam Forest 3-0

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.