Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • ADVERTORIAL
  • Jom bersama meriahkan
  • ADVERTORIAL

Jom bersama meriahkan

Utusan Sarawak 2 years ago

• Ekspo Pertanian, Akuakultur dan Penternakan Sarawak pada 24- 26 November ini

EKSPO Pertanian, Akuakultur dan Penternakan Sarawak edisi ke-9 di Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pada 24 hingga 26 November ini.

KUCHING: Orang ramai dijemput untuk bersama memeriahkan Ekspo Pertanian, Akuakultur dan Penternakan Sarawak edisi ke-9 di Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pada 24 hingga 26 November ini.

Pengurus yang juga pemilik syarikat Agrolife Kuching, Abang Hassimsah Abang Zainal berkata, lebih 60 ruang gerai dengan saiz 3 x 2 meter dan 3 x 3 meter ditawarkan kepada peniaga dan syarikat yang terlibat.

 “Turut disediakan semasa ekspo itu nanti ialah tapak pameran di pekarangan Dewan Masyarakat MBKS seluas 2,000 meter persegi bagi kegunaan syarikat-syarikat yang terlibat mempromosikan mesin dan jentera berat.

“Di samping itu, orang ramai juga berpeluang menimba ilmu menerusi seminar menanam pokok durian Moasunking yang turut diadakan sempena ekspo tersebut,” ujarnya.

ANTARA penceramah berpengalaman dalam penanaman durian jemputan khas sempena tiga hari berlangsungnya ekspo iaitu Master Tang dari Raub, Pahang (barisan kedua, dua kanan) dan Pemburu Durian Solo, Aidi Rosli (dua, kiri) merakam kenangan bersama teman lain di salah sebuah dusun ‘raja buah’ di Pahang.

Jelasnya lagi, seminar pokok durian Moasunking akan disampaikan oleh Master Tang dari Raub, Pahang dan Durian Solo Hunter, Aidi Rosili.

Antara topik perkongsian sepanjang seminar penanaman pokok durian Moasunking ialah cara untuk memupuk dan menjaga anak pokok durian pada 24 November ini dari 2.30 hingga 3.30 petang.

Sementara itu pada 25 November, seminar akan mendedahkan bagaimana kaedah mencantum mata tunas anak pokok durian bermula 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari disusuli perbincangan tentang transformasi ladang dan pengurusan tanaman durian dari 2.30 hingga 3.30 petang.

Seminar akan  diakhiri dengan slot jejak durian Malaysia pada 3.30 hingga 4.30 petang.

ANTARA ternakan yang akan dilihat pada Ekspo Pertanian, Akuakultur dan Penternakan Sarawak edisi ke-9 di Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pada 24 hingga 26 November ini.

“Ekspo ini dilihat boleh menjadi satu platform terbaik kepada pengilang, pembekal dan pengusaha produk pertanian mempromosikan produk mereka.

“Sebagai pembekal utama baja subur Nutri Multi dan baja Grow Sawit di Sarawak, ekspo seperti itu sangat membantu dalam mempromosikan baja dan kedai baja milik kami yang beroperasi di Matang Jaya di sini (Kuching),” jelasnya.

Selain disertai syarikat-syarikat swasta, ekspo tersebut turut diisertai agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dijangka hadir sekali gus merasmikan majlis tersebut.

Continue Reading

Previous: Bukan lagi bebanan Penan, tadika lebih dekat
Next: MRSM Bintulu sedia akses, peluang pendidikan berkualiti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.