Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Jom bawa keluarga sertai Orkestra Filharmonik Malaysia terokai pengembaraan muzik yang luar biasa pada 23 Mei
  • HIBURAN

Jom bawa keluarga sertai Orkestra Filharmonik Malaysia terokai pengembaraan muzik yang luar biasa pada 23 Mei

Utusan Sarawak 14 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) akan membawakan pengembaraan muzik yang penuh dengan cabaran buat seisi keluarga menerusi konsert bertemakan The Incredible Voyage of Alasdair Malloy pada 23 Mei ini di Dewan Filharmonik Petronas.

Kenyataan MPO hari ini memaklumkan bahawa konsert itu, yang dijadual bermula pada 2.30 petang, adalah sebahagian daripada usaha berterusan bagi memupuk minat dan apresiasi golongan muda dalam kalangan penonton terhadap muzik klasik menerusi tema yang menarik serta pendekatan interaktif.

“Pendedahan awal kepada muzik bukan sahaja dapat merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak dengan lebih baik malah mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan apabila ibu bapa dan anak-anak meluangkan masa bersama menikmati petang yang diisi dengan alunan muzik indah, diselitkan pula dengan penceritaan menarik serta unsur humor,” menurut kenyataan itu.

Pengacara terkenal Alasdair Malloy, yang digemari penonton di Malaysia dan sering bekerjasama dengan MPO bagi siri konsert keluarga, akan kembali memeriahkan persembahan itu yang dipimpin oleh konduktor Jebat Arjuna Kee.

Persembahan itu dijangka membawa penonton menyusuri pengembaraan muzik yang mengujakan dari Scotland ke Kuala Lumpur menerusi gubahan-gubahan terkenal dan popular yang berkait dengan pelbagai jenis pengangkutan, diselang-selikan dengan pengenalan kepada seksyen-seksyen dalam orkestra serta interaksi santai yang menyeronokkan. 

Program berdurasi sejam itu bakal menampilkan pelbagai karya klasik termasuk The Dance of the Hours oleh Amilcare Ponchielli (menggambarkan suasana pagi yang penuh dengan kekecohan), Morning oleh Edvard Grieg (diilhamkan daripada cerita rakyat Norway), Puffin’ Billy yang ceria oleh Edward White, The Orient Express yang elegan oleh Ronald Binge (menyerlahkan elemen kelajuan), Carnival of the Animals oleh Camille Saint-Saëns serta William Tell: Gallop oleh Gioachino Rossini (yang diinspirasikan daripada opera terkenal).

“Turut dipersembah petikan runut bunyi filem-filem seperti Star Wars, Aladdin, Harry Potter dan Moana,” menurut kenyataan itu.

Harga tiket ditawarkan bermula daripada RM99 hingga RM249 manakala tempat duduk suite pula disediakan pada harga RM299 dan RM349.

Tempahan boleh dibuat melalui Box Office DFP di talian 03-2331 7007, menerusi e-mel boxoffice@dfp.com.my atau dengan melayari laman sesawang MPO di www.mpo.com.my.

-Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Dulu kejar populariti, kini cari reda Ilahi – Mahmud Ali Bashah
Next: The Beatles buka muzium rasmi pertama di London

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.