Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jokowi rombak Kabinet menjelang peralihan kuasa
  • GLOBAL

Jokowi rombak Kabinet menjelang peralihan kuasa

Utusan Sarawak 9 months ago
PRESIDEN Indonesia Joko Widodo.

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo telah mengumumkan rombakan Kabinet dengan melantik tiga menteri baharu dan seorang timbalan menteri di Istana Negara, hari ini.

Ketika beliau menghampiri penghujung penggal pemerintahan Presiden esok, Joko Widodo yang juga dikenali sebagai Jokowi telah melantik Bahlil Lahadalia sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Mineral, menggantikan Arifin Tasrif.

Bahlil yang sebelum ini merupakan Menteri Pelaburan dan Ketua Lembaga Penyelaras Pelaburan akan digantikan oleh Rosan Roeslani yang sebelum ini Timbalan Menteri Badan Usaha Milik Negara.

Supratman Andi Agtas dilantik sebagai Menteri Hukum (Undang-undang) dan Hak Asasi Manusia Indonesia, mengambil alih daripada Yasonna Laoly manakala Angga Raka Prabowo dilantik sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat.

Pelantikan lain termasuk Hasan Nasbi sebagai ketua pejabat komunikasi presiden, Dadan Hindayana sebagai ketua Agensi Pemakanan Nasional yang baru ditubuhkan dan Taruna Ikrar sebagai ketua Agensi Penyelia Makanan dan Ubat-ubatan.

Rombakan itu bertujuan meningkatkan keberkesanan pentadbiran Joko Widodo, menyelaraskannya dengan keutamaan dasar beliau serta memastikan peralihan kuasa kepada Presiden terpilih Prabowo Subianto berjalan lancar. – Bernama

Continue Reading

Previous: PM Singapura gariskan inisiatif baharu pada Perhimpunan Hari Kebangsaan
Next: Kabinet baharu Thailand dijangka dimuktamadkan minggu ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.