
BANGKOK: Petarung muda sensasi negara, Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar, 16 tahun atau lebih mesra dikenali sebagai ‘Miki’, memulakan penampilan sulungnya di pentas berprestij Rajadamnern World Series (RWS) Thailand dengan menumpaskan lawan dari Iran, Reza Dostielmi, melalui keputusan majoriti 29-27 sebentar tadi.
Sementara itu, abangnya, Muhammad Elias Ghazali Zulfikar, 23 tahun turut mencatat kemenangan apabila menewaskan pencabarnya, Haru Akita dari Jepun, bagi kategori 128 paun.

Kejayaan dua beradik itu di RWS, yang menghimpunkan petarung elit dari seluruh dunia, dianggap satu pencapaian besar kerana platform berkenaan sering menjadi pentas kelahiran bintang muay thai antarabangsa.
Selain itu, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau ‘Jojo’ turut mencatat kemenangan menewaskan petarung Myanmar, Ye Yint Naung, pada aksi ONE Friday Fights 141 di Stadium Lumpinee, Bangkok, semalam.