Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Johnson & Johnson cadang penyelesaian RM39.15 bilion saman kes bedak talkum
  • GLOBAL

Johnson & Johnson cadang penyelesaian RM39.15 bilion saman kes bedak talkum

Utusan Sarawak 2 years ago

Johnson & Johnson berdepan ribuan saman berhubung bedak talkum didakwa mengandungi kesan asbestos yang menyebabkan penyakit barah rahim. Firma itu tidak pernah mengaku wujud salah laku, namun menghentikan penjualan bedak bayi berasaskan talkum di AS dan Kanada pada Mei 2020.

NEW YORK: Gergasi farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Johnson & Johnson semalam mencadangkan penyelesaian AS$8.9 bilion (RM39.15 bilion) untuk saman berlarutan selama bertahun-tahun yang mendakwa produk bedak talkum keluaran syarikat itu mengakibatkan kanser.

Syarikat berpangkalan di New Jersey itu menjelaskan, penyelesaian dicadangkan berkenaan yang masih memerlukan kelulusan mahkamah kebankrapan, bakal memberi penyelesaian saksama dan cekap terhadap semua tuntutan yang timbul daripada litigasi talkum kosmetik.

Sekiranya diluluskan oleh mahkamah dan majoriti plaintif, pembayaran AS$8.9 bilion itu bakal menjadi antara penyelesaian liabiliti produk yang terbesar di AS.

Johnson & Johnson berdepan ribuan saman berhubung bedak talkum didakwa mengandungi kesan asbestos yang menyebabkan penyakit barah rahim.

Firma itu tidak pernah mengaku wujud salah laku, namun menghentikan penjualan bedak bayi berasaskan talkum di AS dan Kanada pada Mei 2020.

“Syarikat terus percaya bahawa dakwaan-dakwaan itu adalah palsu dan kekurangan merit saintifik,” kata Naib Presiden Litigasi Johnson & Johnson, Erik Haas, dalam satu kenyataan.

Menurut Johnson & Johnson, AS$8.9 bilion itu akan dibayar kepada puluhan ribu penuntut dalam tempoh 25 tahun menerusi anak syarikatnya, LTL Management LLC yang ditubuhkan untuk menangani tuntutan berkenaan dan sudah memfailkan perlindungan kebankrapan.

Namun, Johnson & Johnson menekankan, penyelesaian dicadangkan itu ‘bukan pengakuan salah laku mahupun indikasi syarikat itu berubah pendirian sekian lama bahawa produk bedak talkum keluarannya adalah selamat.’

“Begitupun, menyelesaikan perkara ini dengan secepat dan secekap mungkin adalah demi kepentingan 

terbaik syarikat dan semua pemegang taruh,” menurut syarikat itu. – AFP

Continue Reading

Previous: Polis antarabangsa tutup pasaran jenayah siber antara terbesar dunia
Next: Kapal pendaftaran Singapura SUCCESS 9 dinaiki beberapa individu tidak dikenali

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.