Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Johnny Pang tinjau projek bumbung gelanggang Tadika Hikmah
  • Utara
  • WILAYAH

Johnny Pang tinjau projek bumbung gelanggang Tadika Hikmah

Utusan Sarawak 18 hours ago
JOHNNY Pang meninjau kemajuan kerja pembinaan bumbung di gelanggang Tadika Hikmah, Bintulu bersama JKR dan kontraktor, hari ini.

BINTULU: Projek pembinaan bumbung di gelanggang Tadika Hikmah kini sedang giat dilaksanakan bagi menyediakan ruang selamat dan selesa untuk aktiviti luar kanak-kanak prasekolah tanpa mengira cuaca.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, projek di bawah peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) itu dijangka memberi manfaat besar kepada warga tadika apabila siap kelak.

“Meskipun berskala kecil, projek ini sangat penting kerana memberi ruang berbumbung untuk anak-anak melakukan aktiviti seperti senaman pagi, permainan luar dan perhimpunan tanpa perlu risau cuaca panas atau hujan,” katanya selepas meninjau tapak projek hari ini.

Beliau turun padang bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor bagi menilai perkembangan semasa kerja pembinaan yang dilaporkan berjalan lancar setakat ini.

Katanya, pendidikan merupakan asas penting kepada masa depan negara dan usaha memperkasa kemudahan prasekolah akan terus diberi keutamaan.

“Saya akan terus memperjuangkan kemudahan pendidikan yang lebih baik termasuk di peringkat tadika demi memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan selesa untuk anak-anak kita,” katanya.

Johnny Pang turut merakamkan penghargaan kepada pihak JKR, kontraktor serta pengurusan tadika atas kerjasama menjayakan projek berkenaan.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: 18 mangsa kebakaran dipindahkan ke PPS Dewan Seri Lemanak Jalan Stawang
Next: Penduduk rumah panjang di Kalaka bakal nikmati sistem saliran baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.