Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Johnny Pang mahu LAKU Bintulu diberi lebih kuasa tangani isu air
  • Utara
  • WILAYAH

Johnny Pang mahu LAKU Bintulu diberi lebih kuasa tangani isu air

Utusan Sarawak 1 week ago
JOHNNY Pang Leong Ming melakukan perbincangan dengan pihak pengurusan LAKU Bintulu mengenai isu bekalan air. – Foto Facebook Johnny Pang Leong Ming

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berharap lebih banyak kuasa pengurusan dapat diserahkan kepada cawangan LAKU Bintulu bagi membolehkan isu bekalan air tempatan ditangani dengan lebih cepat dan berkesan.

Beliau berkata, ketika ini, banyak prosedur penting masih memerlukan kelulusan ibu pejabat LAKU di Miri yang disifatkannya sebagai rumit dan tidak efisien.

“Kebergantungan ini menjejaskan kelancaran pembangunan dan melambatkan tindakan terhadap keperluan rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau.

Menurut Johnny Pang, penggabungan LAKU dengan Jabatan Bekalan Air Kuching dan Sibu yang dijangka selesai Jun ini seharusnya disusuli dengan penurunan kuasa kepada cawangan di lapangan.

“Apabila lebih banyak keputusan boleh dibuat di Bintulu, tindakan terhadap aduan rakyat akan jadi lebih pantas dan berkesan,” ujarnya.

Beliau berkata, pasukannya menerima banyak aduan daripada penduduk berkaitan gangguan air secara mengejut, air keruh dan tekanan rendah.

“Saya berharap pihak LAKU akan terus bekerjasama dengan kami untuk memperbaiki mutu perkhidmatan, menyelesaikan aduan dengan segera dan memastikan rakyat Bintulu menikmati bekalan air yang lebih stabil serta berkualiti,” katanya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pusat Komuniti Melango akan dinaik taraf dalam masa terdekat
Next: Sarawak anjur Persidangan Antarabangsa Mengenai Penuaan 28 -29 Oktober depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.