Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Johnny Pang harap jejambat Medan Jaya siap segera demi keselamatan penduduk
  • Utara
  • WILAYAH

Johnny Pang harap jejambat Medan Jaya siap segera demi keselamatan penduduk

Utusan Sarawak 5 days ago
JOHNNY Pang meninjau perkembangan projek pembinaan jejambat Medan Jaya bersama Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Pemantauan Projek dan Program Luar Bandar), Dato’ Sri Rohani Abdul Karim dan wakil JKR Sarawak di tapak projek di Bintulu, hari ini.

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berharap kerja pembinaan jejambat Medan Jaya di sini disiapkan segera demi keselesaan dan keselamatan penduduk setempat.

Menurutnya, projek berkenaan yang bermula sejak 2021 telah tertangguh terlalu lama dan memberi kesan kepada penduduk di kawasan itu.

“Projek ini telah lama tertangguh dan saya memahami sentimen rakyat di kawasan ini.

“Jadi, kami sentiasa berkoordinasi dengan kontraktor serta agensi pelaksana, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bintulu bagi memastikan projek dapat diteruskan dan disiapkan secepat mungkin.

“Setakat ini, kemajuan projek telah mencapai sekitar 58 peratus dan saya berharap kerja dapat dipercepatkan sekali gus disiapkan mengikut jadual baharu yang ditetapkan oleh JKR,” katanya.

JOHNNY Pang ditemui media selepas meninjau projek pembinaan jejambat Medan Bintulu yang kini mencapai 58 peratus kemajuan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau perkembangan projek bersama Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Pemantauan Projek dan Program Luar Bandar), Dato Sri Rohani Abdul Karim dan wakil JKR Sarawak di tapak pembinaan di sini, hari ini.

Johnny Pang berkata, antara punca kelewatan projek adalah kerja pemindahan utiliti termasuk kabel Telekom Malaysia (TM) yang kini hampir selesai sepenuhnya.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan pihak kontraktor supaya mempertingkatkan aspek keselamatan di tapak pembinaan, khususnya pada waktu malam, susulan beberapa kemalangan yang pernah berlaku di kawasan tersebut.

“Kita mahu kontraktor lebih peka terhadap keselamatan pengguna jalan raya.

“Penduduk juga diminta berhati-hati dan memberi kerjasama supaya projek ini dapat disiapkan dengan cepat dan selamat,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Ketua Kaum ditekankan tingkat profesionalisme dalam khidmat komuniti
Next: JPJ Sarawak laksana pemeriksaan dan penilaian harga kenderaan dilucut hak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.