Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Joe Flizzow kembali warnai dunia hiburan melalui single 501
  • HIBURAN

Joe Flizzow kembali warnai dunia hiburan melalui single 501

Utusan Sarawak 7 hours ago
PENYANYI hip-hop popular tanah air Joe Flizzow membuat kemunculan semula dengan imej lebih matang melalui single terbaharunya berjudul 501.

KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun menyepi dari arena hiburan, penyanyi hip-hop popular tanah air Joe Flizzow membuat kemunculan semula dengan imej lebih matang melalui single terbaharunya berjudul 501.

Universal Music Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata pelancaran lagu itu melambangkan kepulangan tepat Joe, atau nama sebenarnya Johan Ishak, selepas melalui fasa jeda seni yang melambangkan pertumbuhan peribadi dan penilaian semula secara kreatif. 

Mengekalkan sifat penuh keyakinan dan kekuatan lirik yang menjadi identiti artis berusia 46 tahun itu, karya tersebut turut menandakan satu evolusi dalam arah seni beliau, lebih menitikberatkan kejujuran, kejelasan dan kebebasan berkarya berbanding mengikut arus semata-mata.

“Kisah 501 tidak terhenti pada muzik semata-mata. Video muzik rasmi lagu ini hanya memberikan sedikit gambaran kepada dunia yang lebih gelap, penuh ketegangan, konflik dan emosi yang mendalam. 

“Dengan visual yang berani, suasana suram serta detik-detik aksi yang mencetus tanda tanya, penonton seolah-olah diajak untuk menyaksikan sendiri keseluruhan jalan ceritanya melalui skrin,” menurut kenyataan itu. 

Lagu yang ditulis sepenuhnya oleh Joe Flizzow dengan gubahan serta penerbitan oleh SonaOne dan Gard itu secara tidak langsung menyaksikan penyatuan semula dua nama besar dalam industri muzik tempatan.

“Kolaborasi antara Joe Flizzow, SonaOne dan Gard memainkan peranan penting dalam membentuk identiti bunyi 501.

“Gabungan produksi kontemporari dengan kekuatan penyampaian unik Joe menghasilkan sebuah karya yang segar namun masih setia pada akar muziknya,” menurut kenyataan itu.

Video muzik itu juga memberi elemen kejutan apabila ia ditutup dengan paparan “To Be Continued”, memberi isyarat bahawa ia hanyalah permulaan kepada sebuah naratif yang lebih besar. 

Pengakhiran tergantung itu turut membayangkan karya seterusnya daripada Joe Flizzow bakal tiba dalam masa terdekat, sekali gus meningkatkan lagi keterujaan para peminat.

501 dan video muziknya kini boleh distrim di semua platform penstriman. 

-Bernama  

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Anak muda Kuching semakin gemar teater, Festival Monodrama Borneo terima sambutan luar biasa
Next: Papa Zola tampil dengan filem solo, bakal dieksport ke 10 negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.