Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Joe Biden tersasul panggil Rishi Sunak ‘Tuan Presiden’
  • GLOBAL

Joe Biden tersasul panggil Rishi Sunak ‘Tuan Presiden’

Utusan Sarawak 2 years ago
Presiden AS Joe Biden dan Perdana Menteri Britain Rishi Sunak pada sesi soal jawab bersama wartawan pada sidang akhbar di Rumah Putih di Washington, semalam. Foto AFP

 WASHINGTON: Joe Biden keliru mengenai gelaran Perdana Menteri Britain Rishi Sunak apabila kedua-dua pemimpin itu bertemu di Rumah Putih, sehingga memanggilnya sebagai “Tuan Presiden”, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Presiden Amerika Syarikat (AS) itu dengan segera membetulkan kesilapannya, sambil bergurau bahawa beliau telah “menaikkan pangkat” Sunak.

Pemimpin berusia 80 tahun itu yang duduk bersebelahan Sunak dalam mesyuarat dua hala, berkata: “Baiklah, Tuan Presiden – Tuan Presiden, saya baru sahaja menaikkan pangkat anda. Tuan Perdana Menteri, saya gembira menerima anda kembali.”

Sunak, yang tertawa, tidak pernah ke Rumah Putih sebelum ini sebagai perdana menteri, hanya memegang jawatan Oktober lalu.

Biden memberitahunya: “Dalam beberapa bulan lalu, kami telah berjumpa antara satu sama lain di San Diego dan kemudian kami bertemu di Belfast dan sekali lagi di Hiroshima.

“Dan sekarang, kami di sini akan menyelesaikan semua masalah dunia dalam 20 minit akan datang.”

Ini bukan kali pertama presiden AS kelihatan tergagap-gagap dalam percakapannya.

April lalu, semasa lawatannya ke Republik Ireland, Biden dilihat keliru nama pasukan ragbi All Blacks New Zealand dengan “Black and Tans” – pasukan polis kontroversi era Perang Kemerdekaan di Ireland. – Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Arab Saudi pergiat usaha pelaksanaan pelan operasi haji 2023
Next: Ancaman letusan gunung berapi, ribuan penduduk Filipina dipindahkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.