Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Joe Biden jalani pembedahan kanser kulit
  • GLOBAL

Joe Biden jalani pembedahan kanser kulit

Utusan Sarawak 13 hours ago
BEKAS Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden baru-baru ini menjalani pembedahan Mohs untuk membuang lesi kanser kulit.

ISTANBUL: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden baru-baru ini menjalani pembedahan Mohs untuk membuang lesi kanser kulit, lapor Anadolu Ajansi, memetik pengesahan jurucakap semalam.

Tarikh sebenar prosedur itu tidak didedahkan, tetapi rakaman yang tular dalam talian menunjukkan Biden, 82, mempunyai parut di dahinya, menurut laporan CNN.

Pembedahan Mohs ialah teknik di mana lapisan nipis kulit dibuang dan diperiksa di bawah mikroskop sehingga tiada lagi sel kanser ditemui. Ia sering digunakan untuk lesi yang berulang atau tumbuh dengan cepat di kawasan sensitif, seperti muka dan tangan.

Biden sebelum ini pernah menjalani pembedahan membuang karsinoma sel basal dari dadanya pada 2023 semasa masih memegang jawatan presiden.

Bekas presiden itu turut disahkan pada Mei menghidap kanser prostat agresif yang telah merebak ke tulangnya. Beliau sejak itu telah memulakan rawatan oral dan kekal optimis.

“Harapan kami adalah untuk dapat mengalahkan penyakit ini,” kata Biden kepada CNN, sambil menambah, “Ia tidak berada di mana-mana organ, ia di tulang saya – tulang saya masih kuat, ia belum menembusi. Jadi, saya berasa sihat.”

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Timbalan PM UK letak jawatan selepas gagal lunas cukai
Next: Ancaman letupan, Mumbai dalam keadaan berjaga-jaga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.