Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Joana Jane Francis dinobat juara Miss Tasik Biru 2025
  • TEMPATAN

Joana Jane Francis dinobat juara Miss Tasik Biru 2025

Utusan Sarawak 10 hours ago
JOANA Jane Francis dinobatkan sebagai juara Pertandingan Akhir Miss Tasik Biru 2025. Foto UKAS

BAU: Malam kemuncak Pertandingan Akhir Miss Tasik Biru 2025 mencuri tumpuan ribuan pengunjung apabila Joana Jane Francis dinobatkan sebagai juara, menewaskan lapan finalis lain dalam acara paling dinanti sempena Pesta Tasik Biru 2025.

Acara yang berlangsung meriah semalam, turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), Dato Henry Harry Jinep serta isteri, Christina Esni Mied yang hadir memberikan sokongan moral kepada kesemua peserta.

Joana membawa pulang trofi kemenangan bersama mahkota, cek tunai, sejambak bunga serta pakej kecantikan dan solekan eksklusif setelah cemerlang dalam pelbagai segmen pertandingan termasuk sesi soal jawab dan persembahan bakat.

Melanie Melvy diumumkan sebagai naib juara manakala Shanelle Ellysea meraih tempat ketiga.

Selain itu, tiga anugerah khas turut disampaikan iaitu Miss Popular (Axiomara Tija), Miss Congeniality (Mathilda Valentia), dan Miss Photogenic (Melcy James).

Pertandingan ini bukan sekadar mengangkat kecantikan fizikal, malah menyerlahkan intelek, keyakinan serta personaliti para peserta, menjadikannya acara kemuncak pesta yang dinanti saban tahun.

Sambutan hangat daripada masyarakat setempat membuatkan pertandingan ini menjadi platform memupuk bakat muda dan menyerlahkan keunikan budaya komuniti Tasik Biru.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Family members of an accident victim which claimed five lives are devastated
Next:  Apoh Rafting dan Cultural Festival 2025 angkat nilai seni, budaya Orang Ulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.