Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Joachim, Masidi dan Ewon dilantik Timbalan Ketua Menteri Sabah
  • SEMASA

Joachim, Masidi dan Ewon dilantik Timbalan Ketua Menteri Sabah

Utusan Sarawak 4 hours ago
Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam
Datuk Seri Masidi Manjun
Datuk Ewon Benedick

KOTA KINABALU: Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam antara tiga Timbalan Ketua Menteri baharu yang dilantik dalam Kabinet negeri susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17, Sabtu lepas.

Dua lagi ialah Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Masidi Manjun dan Presiden Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick.

Joachim, Masidi dan Ewon selesai mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman pada Istiadat Angkat Sumpah Anggota Kabinet Sabah di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini.

Pada awal pagi Ahad, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri ke-17.

Mengikut keputusan rasmi PRN itu, GRS memperoleh 29 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan.

Parti Warisan (Warisan) pula mendapat 25 kerusi diikuti Barisan Nasional (enam), Bebas (lima), UPKO (tiga), Parti Solidariti Tanah Airku atau STAR (dua) manakala Perikatan Nasional (PN), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) serta Pakatan Harapan (PH) masing-masing menang satu kerusi.

Untuk berita terkini PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php.

–Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Adam Yii kata pengundi tolak politik Semenanjung
Next: DUN: 75 peratus daripada 18,233 kes Mahkamah Bumiputera selesai, Sarawak sasar standardisasi bilik mahkamah semua daerah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.