Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JKR Sarawak nafi dakwaan Jambatan Batang Lupar 1 ditutup semula
  • TEMPATAN

JKR Sarawak nafi dakwaan Jambatan Batang Lupar 1 ditutup semula

Utusan Sarawak 4 hours ago
NOTIS yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menafikan dakwaan yang tular di media sosial berhubung penutupan semula Jambatan Batang Lupar 1 pada 7 Jun ini.

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menafikan dakwaan yang tular di media sosial berhubung penutupan semula Jambatan Batang Lupar 1 pada 7 Jun ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, JKR Sarawak menegaskan maklumat yang mendakwa jambatan berkenaan akan ditutup semula susulan kerja-kerja yang belum disiapkan adalah tidak benar.

Menurut kenyataan itu, Jambatan Batang Lupar 1 akan terus dibuka kepada semua pengguna jalan raya seperti biasa.

“Dimaklumkan bahawa maklumat yang tular berkenaan penutupan semula Jambatan Batang Lupar 1 pada 7 Jun 2026 adalah tidak benar.

“Jambatan Batang Lupar 1 akan terus dibuka kepada pengguna jalan raya,” katanya.

Bagaimanapun, JKR Sarawak memaklumkan masih terdapat beberapa kerja kecil yang sedang dilaksanakan di kawasan berkenaan bagi melengkapkan projek tersebut.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi arahan keselamatan serta papan tanda yang disediakan ketika melalui kawasan berkenaan.

JKR Sarawak turut mengingatkan orang ramai agar mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini hanya melalui saluran rasmi jabatan itu bagi mengelakkan kekeliruan akibat penyebaran maklumat tidak tepat.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Cawangan Komunikasi Korporat JKR Sarawak susulan penyebaran maklumat palsu yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Gempa bumi lemah di Mambong cetus panik penduduk Samarahan dan Serian
Next: JKR Sarawak seru orang ramai jaga kebersihan Jambatan Batang Lupar 1

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.